CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Confession Lihat artikel

Dah Tiga Tahun Masuk Merisik, Ayah Tetap Tak Bagi Nikah- Bagi Syarat Calon Memantu Suruh Sertai Tabligh 4 Bulan

20-11-2023 02:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3304| Komen: 40

Seorang wanita berada dalam dilema kerana bapanya mengenakan satu syarat sebelum memberi keizinan untuk dia berkahwin dengan teman lelakinya.

"Aku 30 tahun, boyfriend 31 tahun, kami nak kahwin. Boyfriend aku dah merisik sejak 2020, ayah aku tak bagi (kahwin).


"Dia nak boyfriend aku keluar empat bulan dulu. Sampai sekarang kitaorang tak kahwin lagi," luahnya di laman X.

Gambar Hiasan

Apa yang dimahukan oleh bapanya adalah supaya teman lelakinya mengikuti jemaah tabligh yang biasa keluar berdakwah selama empat bulan.

Tambah wanita berkenaan, teman lelakinya tidak mempunyai masalah menuruti syarat tersebut namun berdepan kekangan masa kerana terikat dengan pekerjaan.



"Dia (boyfriend) okay je dengan syarat tu tapi dia kerja. Kalau dia keluar empat bulan, komitmen dia macam mana. Mana ada company bagi cuti empat bulan," luahnya lagi.

Di ruangan komen ada yang mengecam bapa wanita berkenaan kerana mereka berpendapat, orang tua sewajarnya membantu mempermudahkan urusan anak masing-masing untuk berumah tangga tanpa mengenakan syarat tertentu.

"Kalau aku, cukup syarat molek lelaki tu, nikahkan saja. Bersyukur ada orang berkenan anak dara hang.

"Kan kalau orang nak kahwin kita mudahkan, bukan susahkan," demikian komen sebahagian netizen.

Namun sebahagian yang lain berpendapat, syarat tersebut sebenarnya hanyalah alasan untuk menolak calon pilihan anaknya.

"Bapanya tolak haluslah tu kalau dah agak-agak bagi macam impossible task. Usaha tu kena ada, tapi kalau dah minta yang bukan-bukan, kau sendiri fahamlah.

"Terang-terang dekat situ dia tak terima teman lelaki kau. Itu bahasa kiasan dari ayah kau je.

"Sebab bapa kau tak nak dekat dia la tu, sebab suruh benda yang macam tu," demikian antara komen netizen. -CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 20-11-2023 02:52 PM
ke itu tolak berlapik. pakcik kalau tak mau, cakap terus pakcik, boleh orang tu cari orang lain dah.
Quote AbukRokok 20-11-2023 03:55 PM
Kawin lari je dik.. siam
Quote Tinot7 20-11-2023 04:05 PM
Maklumat tak cukup.. ayah keje apa dan tahap pendidikan camne, pompan keje apa dan tahap pendidikan mcm mana, laki keje apa, gaji baper, edukasyen tahap mana..

Tu ayahnya tolak depan2 tapi deme ni buat2 tak paham..
Quote pasa 20-11-2023 04:11 PM
ajak la keluar 3 hari dulu bapaknya pun la kalau tak nak mmg tak de la
Quote gigahertz 20-11-2023 04:14 PM
Tinot7: Maklumat tak cukup.. ayah keje apa dan tahap pendidikan camne, pompan keje apa dan tahap pendidikan mcm mana, laki keje apa, gaji baper, edukasyen tah ...

kena cakap dengan pakcik tu. nak tabligh 4 bulan tu sewa rumah , bil air api tu semua kena on.
mintak pakcik tu bayarkan
Quote jebatmaspunyer 20-11-2023 04:22 PM
Bapaknya lagi rela anak berdating tanpa ikatan halal dari segera nikahkan anak. Tabligh tu lepas kawen boleh buat. Bapak & menantu boleh pi sama-sama.

Kalau tak berkenan baiklah cakap terus terang tapi dengan bahasa yang elok dari dok buat permintaan macam-macam sampai ke sudah anak tak kawen.
Quote green~tea 20-11-2023 04:24 PM
Cari pompuan lain je lah.. banyak songeh pak mentua pun ingat anak dia cantik jelita bijak berkerjaya??
Quote green~tea 20-11-2023 04:25 PM
gigahertz replied at 20-11-2023 04:14 PM
kena cakap dengan pakcik tu. nak tabligh 4 bulan tu sewa rumah , bil air api tu semua kena on.
mint ...

Kontra aje lah ongkos duit bil2 commitment utk keluar tabligh 4 bulan... kontra dengan hantaran.. zerorize
Quote gigahertz 20-11-2023 04:26 PM
green~tea replied at 20-11-2023 08:25 AM
Kontra aje lah ongkos duit bil2 commitment utk keluar tabligh 4 bulan... kontra dengan hantaran..  ...

Print besar besar bil TNB syabas Indah water dan juga Unifi.
letak kat dulang hantaran. jangan lupa ikat reben merah.
saiz print tu A3 . biar sekampung nampak.
Quote pokokmeranti 20-11-2023 04:28 PM
Tinot7 replied at 20-11-2023 04:05 PM
Maklumat tak cukup.. ayah keje apa dan tahap pendidikan camne, pompan keje apa dan tahap pendidikan  ...

I ada soramg kawan, bapa dia nak bakal suami dia mestilah penyokong PAS....
Quote Nurul8001 20-11-2023 04:30 PM
esbok replied at 20-11-2023 02:52 PM
ke itu tolak berlapik. pakcik kalau tak mau, cakap terus pakcik, boleh orang tu cari orang lain dah.

Saya pun rasa mcm tu.
Bapak kalau dah suka, dia tak cakap banyak.

Quote ifanonline 20-11-2023 04:30 PM
tak patut la ajak bakal menantu gie round tabligh...kawan tu keje, benda2 yg baik baik perlu disegerakan aje...
Quote alieyrina 20-11-2023 04:31 PM
kenapa kapel bertahun. Setahun pun rasa lama dah. 3 tahun dah syg la nak putus
Quote nikaido 20-11-2023 04:33 PM
Bodo juga bapanya pun. Kl dah xnak ckp jela.
Quote syamzana 20-11-2023 04:33 PM
zaman skrg ni org tade masa nak fikir ko buat alasan mcm2 bermakna menolak pinangan. kalau setuju ckp ya, kalau bangkang ckp tidak.
meluat laaa iols org tua byk hal camni. ko ingat dok zaman dang anum mahsuri bagai????
Quote virgo19 20-11-2023 04:35 PM
Cakap la boleh, tapi pakcik kena ikut sekali la
Quote BoongaKertas 20-11-2023 04:44 PM
ini cerita benar ke? kalau betul, nampak sgt pakcik tu taknak beliau jd menantu kot. 4 bulan bhai, ingat senang cari keje lain? aduhhh
Quote batmana 20-11-2023 04:51 PM
Alang2 keluar tabligh..buat syarat pergi haji dululah ..lagi bagus ..tunggulah lagi 30-40 tahun giliran ke haji .
Quote Kitty_catz 20-11-2023 04:53 PM
suruh pak nya je lah masuk tabligh

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.108926 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top