Selepas Suhaimi Saad meninggal dunia Rabu lalu, tular sebuah video Allahyarham yang berkongsi tentang kisah percintaannya dengan isteri, Ina Naim. Menerusi rakaman video siaran langsung di TikTok tersebut, Suhaimi mendedahkan Ina yang terlebih dahulu jatuh hati di awal perkenalan mereka.
“Ina terus terang beritahu dia suka kepada saya. Bukan saya melamar Ina, dia yang melamar saya dan kemudiannya saya pergi masuk meminang. “Saya tanya kenapa suka saya? Dia kata sama macam Ina pilih tunang yang pertama dulu, bukan sebab harta tapi tengok kebaikan yang ada pada saya. “Pandai solat, mengaji… Saya terus teringat kata Nabi SAW, beruntung seseorang itu jika dia dipilih kerana agama. Kalau dia mahu orang yang kaya, dia tak akan pilih saya,” kongsinya.
Pada masa sama, dia turut menyimpan perasaan sama terhadap Ina dan menyifatkannya sebagai wanita yang baik dan lemah lembut. “Dia bukan wanita materialistik, tak pandang harta. Dia memang betul-betul ikhlas sebab saya ni tak ada apa-apa. “Saya pun terus terang kepadanya saya memang suka Ina sebab dia seorang yang baik, lembut dimana ada ciri-ciri isteri yang taat. “Jadi, saya katakan padanya kita kawan dulu dan kalau ada jodoh kita kahwin,” ujarnya. Suhaimi dan Ina mula berkenalan sewaktu sama-sama bernaung dibawah syarikat rakaman yang sama dan saling bertukar nombor telefon. Untuk rekod, Suhaimi dan Ina mendirikan rumah tangga pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadqah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9. Rabu lalu, Suhaimi meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 4 November lalu sebelum ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). -CARI Sumber: XTRA
|
TabletSusu replied at 20-11-2023 11:17 AM
buat cerita ina uuuiii. tutuplah aib arwah suami tu sebulan ni. masuk disember nnt, silalah keluar d ...
ADVERTISEMENT