Penyanyi Noryn Aziz gagal meneruskan perjuangan ke peringkat suku akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) apabila diumumkan peserta tersingkir pada konsert minggu kesembilan yang diadakan pada malam Ahad.
Noryn atau Norazmahwati Abd Aziz, 47, tersingkir selepas mendapat kedudukan tercorot menerusi persembahan lagu Tegar nyanyian asal Rossa bersama penyanyi undangan Dia Fadila. Persembahan itu gagal mencuri hati juri dan terpaksa akur dengan penyingkiran tersebut. Juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat berkata, lagu yang dibawa Noryn agar sukar dinyanyikan bersama pasangan duet dalam mendapatkan vokal harmoni. Malah Syafinaz turut menegur riak wajah Noryn yang dikatakan terlalu berkerut apabila menyanyikan nada tinggi.
|
URUHA: Secara jujurnya mmg x best pun ...
de_ikea replied at 20-11-2023 06:12 AM
Kaka hrp nadeera ni dapatlah lagu yg best dan menyerlah lah sedikit masa nnt. Lama betul dia dok mas ...
ADVERTISEMENT