Selebriti, Alif Satar berpendapat tiada masalah sekiranya bakat baharu lebih memilih membintangi naskhah ditayangkan di platform penstriman atau Over The Top (OTT) berbanding televisyen (TV).
Alif, 33, berkata, bakat baharu berhak memilih platform sesuai kerana menganggap setiap individu yang menceburi bidang seni mempunyai perancangan tersendiri dalam mengukuhkan nama. "Pelbagai faktor boleh mempengaruhi keputusan mereka untuk memilih berlakon dalam platform OTT buat masa ini. Antaranya mungkin disebabkan bayaran, skrip atau pembabitan pelakon ternama kerana produksi itu memiliki bajet besar. "Selain itu, faktor penonton OTT juga berbeza berbanding drama TV. Jadi, terpulang kepada mereka untuk membuat pilihan kerana tiada betul atau salah dalam hal ini. Mereka bebas untuk berlakon untuk mana-mana platform," katanya kepada BH Online. Bagaimanapun, bagi Alif yang sudah membintangi pelbagai drama TV sejak 2008 berkata, sekiranya bakat baharu mahu lebih dikenali masyarakat, TV dianggap platform sesuai.
"Tetapi kalau mahu masyarakat di luar bandar mengenali anda, berlakon untuk TV adalah pilihan tepat. Bayangkan kalau pergi ke kawasan yang jauh dari bandar, mereka sanggup berhenti apabila melihat anda.
|
ADVERTISEMENT