CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shila, Syahir, Akhirnya Dapat Markah Perfect 10 Dari Juri FD3

19-11-2023 11:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10121| Komen: 5

Selepas beberapa minggu mendapat kritikan yang agak pedas dari panel juri Famili Duo 2023 (FD3), pasangan adik-beradik Shila dan Syahir Amzah akhirnya membuktikan mereka juga mampu memikat hati juri selepas berjaya meraih markah ‘perfect 10’ pada minggu keenam FD3.


Juri tetap, Ajai berkata dia ternyata terhibur sehingga mengeluarkan air mata menonton persembahan yang dilakukan Syahir dan juga Shila.


Menurut komposer terkenal itu, dia begitu berbangga dengan Syahir yang berjaya menunjukkan peningkatan dalam persembahannya kali ini.

"I am proud of you Syahir sebab saya dah lock character awak (dalam persembahan). Berair mata saya ketawa tengok awak. Saya rasa fun dan inilah persembahan. 

"Kadang-kadang kita kena bagitahu dulu pembetulan pada seseorang tu. Ada orang cara dia lembut, ada orang cara dia kasar dan yang kasar tu yang menjadi.

"Mula-mula sedih lepastu awak masuk part tarian, saya terhibur. Itulah tarian awak dan yang penting saya terhibur. Tak paksa pun awak nak menyanyi dahsyat janji menghibur. Terima kasih menghiburkan kami," kata Ajai.


Dalam pada itu, Mas Idayu juga bersetuju dengan pendapat Ajai tentang peningkatan yang ditunjukkan Syahir.

"Mummy suka sangat. Daripada keluar mummy nampak Syahir struggle tapi itu adalah usaha dia. Tone dia pada awal-awal (persembahan) tu sedap tau.

"Mummy tak kisah pun dan faham kalau awak tak consistent sebab awak bukan penyanyi hebat mcm kakak awak. Apa-apa pun mummy suka," kata Mas Idayu pula.


Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beautifulorchid 20-11-2023 09:29 AM
Akhirnya.... selepas beberape minggu kena tiauw je.. kesian kat shila
Quote AWEKSAMURAI 20-11-2023 09:32 AM
Akhirnya ... Okey lah hope dorang dpt lah g final
Quote Burong_Hantuk 20-11-2023 10:19 AM
tahniah.....
Quote rayna_raynes 20-11-2023 02:48 PM
Shila nampak bambam sungguh pakai baju pink tu smlm. harap dia tak pakai dah style tu haha
Quote limau 20-11-2023 03:16 PM
dia okey, cuma kena pakai pakaian yg tak nmpk bamm..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.100833 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top