CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dolla Guna Khidmat Penerbit Muzik Korea Selatan, Mahu Tembus Pasaran Antarabangsa

19-11-2023 10:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9962| Komen: 15

Kumpulan Dolla menggunakan khidmat penerbit muzik antarabangsa, Hyuk Shin, untuk menghasilkan beberapa lagu dalam album sulung mereka, New Classic. 

Ahlinya, Sabronzo dalam kenyataan menyifatkan kerjasama dengan penerbit asal Korea Selatan itu sebagai kesempatan yang baik untuk kumpulan tersebut menembusi pasaran antarabangsa berdasarkan pengalamannya dalam menghasilkan lagu untuk artis terkenal seperti Super Junior, NCT, GOT7, Red Velvet dan Justin Bieber.



“Semua lagu di dalam album ini dihasilkan dalam bahasa Inggeris kerana kami mahu menembusi pasaran antarabangsa. 

“Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Hyuk Shin, seorang penerbit muzik yang pernah bekerja dengan artis ‘A-list’ dunia. 

“Beliau menghasilkan dua lagu untuk album kami iaitu Classic dan Boss Up,” katanya ketika ditemui pada sidang media pra-dengar album New Classic, baru-baru ini. 


Bukan itu sahaja, seluruh pembikinan untuk video muzik Classic juga dilakukan di Thailand hasil kolaborasi dengan kru filem antarabangsa dari negara itu. 

“Kami setuju Thailand mempunyai produk dan hasil karya yang sangat baik. Lagi pula, syarikat rakaman kami, Universal Music Malaysia mempunyai hubungan baik dengan Universal Music Thailand yang banyak memudahkan urusan kami di sana. 

“Namun, tidaklah bermakna rumah produksi Malaysia tidak mempunyai bakat yang hebat. Sebelum ini pun video muzik kami yang cantik-cantik semua dihasilkan oleh anak tempatan. 

“Cuma kami merasakan ini adalah kesempatan untuk melihat budaya kerja di negara berbeza di samping mengintai peluang untuk mempromosikan video kami di Thailand,” kata Tabby.


Album tersebut yang penghasilannya mencecah kos ratusan ribu ringgit memakan masa setahun untuk disiapkan. 

Bercerita mengenai cabaran, ahli termuda Dolla, Syasya, memaklumkan sanggup mengambil kelas tambahan untuk memperkemaskan lagi sebutannya ketika proses rakaman untuk album tersebut dilakukan. 

“Memandangkan album ini semuanya dihasilkan dalam bahasa Inggeris, saya ambil kelas tambahan bagi mengelakkan sebutan saya kedengaran aneh. 

“Contoh seperti perkataan priorities yang membuatkan saya mengambil masa satu jam untuk rakaman. Sampai sekarang kawan-kawan mengusik saya kerana perkataan itu,” selorohnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 19-11-2023 11:09 PM
Edited by heythere123 at 19-11-2023 11:18 PM

please brush up your dancing skill la at least. Vocal wise okay dah
Quote Mamidingdong 19-11-2023 11:12 PM
Terpaling perasan nak saing2 blackpink
Quote naina 19-11-2023 11:17 PM
Diakui lagu2 deols sedap2 skng ni
Patutlah Dr Korea
Tapi bab baju tu tlgla jgn over sangat
Quote Orangkaya99 20-11-2023 12:04 AM
ni baru die ambik dr korea la.. sblm ni smue tempatan die kate..
Quote cicicumel 20-11-2023 12:11 AM
Umur dorg ni brp ek? Mcm dah 30 je. Umur cmni klu kat KS tu dh nk berpecah or go solo.. Hehe
Quote LadyCarefree 20-11-2023 12:18 AM
Menari nampak berat sungguh.
Quote kitmal 20-11-2023 12:49 AM
NEW ALBUM memang berkualiti dan lagu semua bagus
Quote LembingDayanti 20-11-2023 02:17 AM
serabut aku tengok .. tak boleh tangkap apa dia org nyanyi. kejap dengar jelas kejap mcm kemam perkataan.. pening aku
Quote ohsoyaya 20-11-2023 02:40 AM
Lagu bru ni kureng sikit. Setakat ni lagu Damelo tu sedap
Quote azimodin 20-11-2023 06:39 AM
Vocal boleh la..baju tolong jangan over & cari la identity sendiri.
Quote Burong_Hantuk 20-11-2023 07:51 AM
Quote nanasno 20-11-2023 10:21 AM
silap2 kena bodyshame dek orang korea. orang korea dah la mulut hansuang2 belaka kpop kpop fan ni
Quote 3480 20-11-2023 10:43 AM
Damelo tu sedap
Quote MistrezHermanaz 20-11-2023 12:36 PM
ada dgr lagu lain kt yt.so far yg sedap bila first time dgr damelo je
Quote Raiisya 21-11-2023 04:15 PM
Lagu Classic nie so-so je.. Damelo, yes, catchy.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.229494 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top