CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramli MS Ttitip Pesan Pada Zaki Yamani, Jangan Tiru Jamal Abdillah

19-11-2023 10:34 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10940| Komen: 9

Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS menitipkan pesanan kepada anak Datuk Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani agar tidak meniru identiti bapanya.

Menurut Ramli, Zaki perlu mencari keunikan sendiri selain sentiasa merendah diri untuk terus berjaya.



“Umur awak 17 tahun, sangat muda. Satu pesanan uncle (pak cik), jadi diri sendiri.

“Ayah awak ialah Jamal. Tak boleh jadi seperti dia,” katanya selepas persembahan duet Aliff Aziz dengan Zaki yang mendendangkan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini pada konsert minggu kesembilan All Stars Gegar Vaganza (GV10) di sini, malam ini.

Selain merendah diri, Ramli turut berharap Zaki atau nama penuhnya Ahmad Zaki Yamani, 17, sentiasa jujur dengan nyanyian yang dipersembahkan.

Katanya lagi, setiap penyanyi perlu sentiasa mengejar untuk berada di tangga teratas.

“Penyanyi kena jadi nombor satu sebab tiada nombor dua.


“Berkawan dengan orang pandai, jangan sombong dan jujur dengan nyanyian,” katanya lagi. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putericahaya999 19-11-2023 10:40 PM
Mcm xda bemda nk komen... tp kena komen nk nampak ada komen
Quote Shayang 19-11-2023 10:57 PM
Anak beranak dah penah jd pasangan duet kt GV

Tinggal si abang je tak join sekali.
Quote amyfaha 19-11-2023 11:35 PM
Betul,kemain besar dan lebar suara budak ni. Try hard sangat nk ikut si bapaknye
Quote sleepandream 20-11-2023 12:34 AM
hmmmmm nasihat utk tinyah pulok?
Quote miss_strangers 20-11-2023 12:37 AM
Comel pulak budak ni
Quote Lelli 20-11-2023 03:14 AM
Kat Family Duo last season elok plk x nmpk byg bapak
Abangnya yes klon bapak even try bwk genre rock
So nk speku dek Zaki 'guna' suara tu utk matching dgn tema persembahan deolls bwk td.. Ala2 samurai. Tu yg bagi keluar suara2 jantan ala2 pahlawan.
Done bekap..
Heolls ada potensi besar.. Kreatif dlm persembahan dan herlok.
Quote Burong_Hantuk 20-11-2023 07:51 AM
lantak dia la..janji dia x ikut apaknya mendadih
Quote lasagna 20-11-2023 08:10 AM
compare zaki dgn abg ni much better, sbb abg ni sejibik mcm bpk even sora. zaki ni nmpk laa wangi sket, bgus laa jd diri sndri tak ikot stail bpk. pape pun abis kan spm dlu dik, dgr smlm dia kata ada trial spm pg ni.
Quote febreze 20-11-2023 08:47 AM
Edited by febreze at 20-11-2023 08:49 AM
sleepandream: hmmmmm nasihat utk tinyah pulo ...

tinyah dak kuwus

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.070039 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top