CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Nourul Wahab Mohon Henti Salahkan Maria Farida, Bukan Punca Gaduh Dengan Ibu

19-11-2023 09:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 13326| Komen: 25

Anak kepada penyanyi Nourul Depp, Ayu Nazirah meminta orang ramai berhenti menyebar fitnah dan menyalahkan aktres, Datin Maria Farida sebagai punca pergaduhan dengan ibunya.

Menurut Ayu, konfliknya dengan Nourul sudah berakhir apabila dia sudah memohon maaf namun kecewa apabila segelintir pihak menuduh Maria yang merupakan ibu kepada teman lelakinya sebagai punca keretakan hubungannya dengan ibu kandung.



“Baru-baru ini bapa saya ada ditemu bual mengenai isu tersebut tetapi salah satu media menulis tajuk yang salah. Jadi, saya nak betulkan keadaan.

“Ya, memang ada pergaduhan dengan ibu tetapi saya sudah meminta maaf. Di sini, saya nak jelaskan bahawa Datin Maria bukan penyebab (perbalahan) tersebut,” katanya dalam sebuah video Instagram.

Tambahnya, setiap perkara yang berlaku antara dia dan Nourul adalah bersifat peribadi dan meminta orang ramai memberi ruang yang sewajarnya kepada mereka.


Dia juga meminta pihak media berhenti daripada menulis sebarang kenyataan yang tidak benar mengenai konflik tersebut selain menuduh individu tidak bersalah.


“Semua yang terjadi biarlah hanya antara saya dan ibu. Harap semua dapat menghormati perkara tersebut.

“Saya juga minta mana-mana platform media berhenti menyebarkan fitnah dan menuduh seseorang yang tidak bersalah kerana Datin Maria sangat baik dengan saya.

“Tolong hentikan segala dakwaan mengarut berkaitan isu ini. Saya dan ibu sudah berbaik dan harap kami dapat teruskan hidup dengan ruang privasi yang sepatutnya,” jelasnya.

Baru-baru ini, bapanya yang juga komposer terkenal, Ajai dalam satu temu bual mendedahkan hubungan Ayu dan bekas isterinya, Nourul sudah kembali pulih serta menganggap situasi tersebut adalah normal.

Terdahulu, Nourul yang terkenal menerusi lagu Kerana Terluka mengakui wujud konflik dan perselisihan faham antara dia dan anaknya yang berusia 23 tahun itu menyebabkan dirinya terasa hati.

Dia juga pernah menyatakan masalah dalaman keluarganya dapat diselesaikan dengan baik tanpa urusan campur tangan mana-mana pihak.

Perkara itu mencetuskan tanda tanya ramai sehingga timbul dakwaan Maria yang ketika itu rapat dengan Ayu merupakan punca konflik tersebut.


Sumber: HibGlam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 19-11-2023 09:58 PM
Tajuk berita mst*r lah tu!

Kalau orang tak baca berita sampai habis, amik tajuk je, memang macam Maria Farida punca dorang gaduh. Aku pun mula-mula ingatkan betul. Tapi di hujung berita Ajai ada cakap bukan Maria Farida jadi punca.
Quote I.K.A888990 19-11-2023 11:00 PM
punca masalah ni semua kat mak dia
apa lah kau sbg mak buat anak mcm tu
kalau ye ada gaduh dgn anak pun settle sesama korang la
dah la aib anak haritu ni kesian kalau tak baca habis mmg org benci pulak si maria tu nnt...
Quote Shayang 19-11-2023 11:00 PM
Wahab?
Terkejut aku
Quote sharlenetexas 19-11-2023 11:19 PM
Iols takleh positif dgn nek datin mf ni. Tgk lah apa yg sheols dah buat dgn anak2 tiri dia. Takkanlah ayu xtau sejarah datin seri terung kecut ni dapatkan atok kecut? Sejarah bergaduh dengan karen yg asalnya bff. Pastu sondol laki terung kecut bff.


Quote Jemahjemah 19-11-2023 11:47 PM
Kesian dia ni. Dari broken family.
Quote QueenIsolde 20-11-2023 03:46 AM
sharlenetexas replied at 19-11-2023 11:19 PM
Iols takleh positif dgn nek datin mf ni. Tgk lah apa yg sheols dah buat dgn anak2 tiri dia. Takkanla ...

Mak datin tu mmg cantik, but for me dia ada negative vibes yg jenis hati kering..apa aku nak aku dpt kekdahnya
Quote Diamondmoney 20-11-2023 06:42 AM
Mak ko tu suruh ttup mulut. Hari2 nk membebel bgtau satu dunia
Quote ashilalat 20-11-2023 06:56 AM
Mstar yg tulis tajuk misleading.
Quote uori 20-11-2023 07:10 AM
Time mak dia merempan takde pulak  nak justify apa2
Quote rbmy 20-11-2023 07:19 AM
Diamondmoney replied at 20-11-2023 06:42 AM
Mak ko tu suruh ttup mulut. Hari2 nk membebel bgtau satu dunia

mak french ..
dah2 case closed karang dia hantar surat lawyer kat forum.
Quote rosevelvet 20-11-2023 07:20 AM
I.K.A888990 replied at 19-11-2023 11:00 PM
punca masalah ni semua kat mak dia
apa lah kau sbg mak buat anak mcm tu
kalau ye ada gaduh dgn anak  ...

Anak dia lg matang handle situation. Mak dia dihasut roh2 patung di bali agaknya. Tu yg meroyan
Quote Burong_Hantuk 20-11-2023 07:50 AM
meluat btl dgn acik nurul berkerak ni
Quote A-Are 20-11-2023 08:09 AM
apa punca gaduh u olls2...maaf tertinggal train
Quote juruterra 20-11-2023 08:29 AM
rosevelvet replied at 20-11-2023 07:20 AM
Anak dia lg matang handle situation. Mak dia dihasut roh2 patung di bali agaknya. Tu yg meroyan

kan..kesian kat anak. anak dia ni matang dulu bdk pandai sekolah STF kan... mak perangai gitu, bakal MIL pun bkn manusia normal sgt pongggg
Quote beautifulorchid 20-11-2023 09:26 AM
Pada aku nurul  ni jelous je sebab anak dia rapat dgn MF  sebab dia jauh tu je....
Quote likilu 20-11-2023 09:55 AM
sharlenetexas replied at 19-11-2023 11:19 PM
Iols takleh positif dgn nek datin mf ni. Tgk lah apa yg sheols dah buat dgn anak2 tiri dia. Takkanla ...

Sondol laki orang ok la walaupun keji ada la hasil
Sondol anak orang dapat apa wey? Ko rasa si ayu tu pewaris harta pusaka yg dapat bolot bila parent dia ninggal ke?
Quote weezerfan 20-11-2023 09:59 AM
Anak lg matamg dr mak
Quote Binikamil 20-11-2023 10:44 AM
Mak dia nk mkn popcorn lg tu. tgk igstori macam masih merentan.
Quote I.K.A888990 20-11-2023 02:02 PM
rosevelvet replied at 20-11-2023 07:20 AM
Anak dia lg matang handle situation. Mak dia dihasut roh2 patung di bali agaknya. Tu yg meroyan

kan mmg matang anak dia...syukur anak tak balas apa2 time tu...syukur la nurul oiiiiii kau dpt anak matang mcm ni....

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.041551 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top