CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

TikTok Uyaina Arshad Kena Padam Gara-Gara Lantang Bersuara Isu Palestin

19-11-2023 08:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9736| Komen: 2

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad meluahkan rasa kecewa apabila akaun TikTok miliknya dipadam secara kekal.

Ia dipercayai Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, lantang bersuara mengenai kekejaman rejim Zionis Israel terhadap Palestin di akaunnya itu.



"Akaun TikTok saya telah diharamkan secara kekal," katanya.

Uyaina berkongsi mengenai perkara itu menerusi aplikasi X yang turut memuat naik tangkap layar yang memaparkan notifikasi diterima daripada pihak TikTok.

Dalam hantaran berbeza, Uyaina turut berkongsi e-mel yang diterima mengesahkan akaun yang mempunyai 600,000 pengikut itu disebabkan melanggar garis panduan komuniti ditetapkan.

Bagaimanapun, tindakan itu tidak mematahkan semangatnya sebaliknya akan menghasilkan akaun baharu di platform berkenaan.

"Tak apa, kita cuba lagi. Buat dan post lagi," ujarnya.


Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen kagum dengan semangat Uyaina malah bersedia untuk menjadi salah seorang pengikut di akaun TikTok terbaharunya nanti.

Mereka turut berterima kasih kepada pengacara berkenaan kerana tidak berputus asa dalam menyatakan sokongan kepada rakyat di Palestin.

"Pengorbanan pejuangan online anda amat dihargai. Terima kasih banyak-banyak.

"Kalau dah buat akaun baharu jangan lupa beritahu, kami sedia memberi sokongan lagi.

"Satu kena ban, kita buka yang lain!" antara komen netizen.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JahLupa 20-11-2023 04:52 PM
Aku tgk posting dia yg baru ni pasal LTA dr OBL tu. Senang la nak paham dr baca bahasa omputih yg bebelit otak aku nak digest. Tp cepat eh dorg buat keje delete terus tt dia.
Quote gigahertz 20-11-2023 11:41 PM
JahLupa: Aku tgk posting dia yg baru ni pasal LTA dr OBL tu. Senang la nak paham dr baca bahasa omputih yg bebelit otak aku nak digest. Tp cepat eh dorg buat k ...

tu orang kata kalau China nak bela palestine jangan percaya.


Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.030106 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top