CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fadlan Hazim 'Mukbang' Daging Kuda, Netizen Pertikai Halal Haram

19-11-2023 08:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8679| Komen: 42

Pelakon, Fadlan Hazim meraih perhatian warganet ketika dia menjamah hidangan tradisi isterinya, Aiya Mukhamedsalova yang berasal dari Kazakhstan.


Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Fadlan atau nama sebenarnya Fadlan Hazim Anuwar dilihat sedang berkongsi dengan pengikutnya beberapa jenis juadah dari negara tersebut.



"Isteri aku orang Kazakhstan, ajar aku makan makanan dia," katanya.


Aktor berusia 31 tahun ini kemudian menjamah makanan yang dikenali sebagai Beshbarmak dan mendedahkan bahawa ianya diperbuat daripada daging kuda.


Selain itu, Fadlan turut mencuba hidangan Khachapuri yang dikatakan lebih enak dari cheese nan.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyoal tentang status halal daging kuda dan menasihati pelakon tersebut supaya lebih peka terhadap makanan.


"Daging kuda tak boleh makan bang, haram..nabi tak suruh sebab zaman dulu banyak jasa dalam banyak peperangan," tegur seorang individu.



Tidak berdiam diri, pelakon drama Cinta Arjuna itu tampil menjawab dakwaan warganet tersebut.


"Kaji dulu lain kali sebelum komen, jangan ingat saya ni pakai telan je," jawabnya.


Dalam pada itu, terdapat segelintir warganet yang tertanya-tanya tentang rasa daging kuda tersebut selain ada yang turut berkongsi pengalaman sama semasa menikmati juadah berkenaan ketika melancong ke Kazakhstan.


Untuk info, Fadlan dan Aiya selamat mendirikan rumah tangga pada 16 Julai lalu di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.



Sumber: Oh Bulan




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wikedsaikel 19-11-2023 08:14 PM
Ye ke? Macam buddha tak makan lembu.

"Daging kuda tak boleh makan bang, haram..nabi tak suruh sebab zaman dulu banyak jasa dalam banyak peperangan," tegur seorang individu.“
Quote naina 19-11-2023 08:16 PM
Daging kuda boleh makan laaa..
Quote caprut 19-11-2023 08:21 PM
Kepamnya ko
Quote cranell 19-11-2023 08:22 PM
dulu kawan aku tanya dekat india operator kren kenapa orang india tak makan lembu? India tu jawab sebab dulu-dulu lembu tolong orang india bajak sawah jadi sebab pertolongan lembu itu diaorang anggap lembu tu satu haiwan yang suci dan tidak patut dimakan.

kawan aku cakap, kalau macam tu orang melayu pun tak makan satu tu sebab banyak tolong orang melayu bajak sawah. India tadi dengan excited tanya haiwan apa tu? Selamba kawan aku jawab, KUBOTA.
Quote mojarean_X 19-11-2023 08:23 PM
Ni kan pelakon kesukaan kaka @kakikuDibibirmu
Quote felinecat 19-11-2023 08:28 PM
La, area2 terengganu memang makan kuda. Panas kan badan sikit daging kuda ni
Quote ezacbee 19-11-2023 08:31 PM
Kepocinya netizen..

Quote Kentot_Wangi 19-11-2023 08:48 PM
cranell: dulu kawan aku tanya dekat ind ...
ak pulak pernah tanya kawan india ak, knp org india x makan lembu? Dia jwb sbb dia anggap itu tuhan, sembah dia. Dia ckp sma la dgn org melayu, xmkn babi. Ak pn jwb la tp kami x sembah babi. Trus dia diam. Haha... Btw, kuda boleh dimakan.
Quote pearl.silver 19-11-2023 09:36 PM
Konpiden nta bdk yg kata haram siap petik nama nabi
Quote sukacactus 19-11-2023 09:53 PM
Bila rasa dah terlebih pandai, so kena la tunjuk, ajar org bagai
Quote hasniey 19-11-2023 10:30 PM
Pepandai je ckp kuda haram di makan.
Quote aechae 19-11-2023 11:36 PM
Budak yg kata haram mkn tu dh delete komen ke belum? ..
Tu lh keja menebeng kt ig artis je pastu sibuk nk komen bkn2..
Quote URUHA 20-11-2023 01:02 AM
Sedih dgn netizen yg x tau hukum makan daging kuda ni. Info semua kat hujung jari tapi bapak pemalas nak cari & mengaji. Duk nak kecam je 24/7 tanpa ilmu. Setiap komen tu cerminan kpd tahap pemikiran masing2. Kalau boleh jgn la nampak kurang bijak bila komen
Quote margo20 20-11-2023 01:21 AM
Daging kuda bole makan kan? Kalau masak pakai minyak babi yg takleh
Quote AWEKSAMURAI 20-11-2023 02:10 AM
wikedsaikel replied at 19-11-2023 08:14 PM
Ye ke? Macam buddha tak makan lembu.

"Daging kuda tak boleh makan bang, haram..nabi tak suruh sebab ...

Boleh lah makan ..dulu org kmapung aku dia ada bela banyak kuda bila ank dia kwen dia sembelih kuda jamu org kampung cuma daging kuda ni panas
Quote hzln 20-11-2023 02:53 AM
Akibat belajar hukum halal haram kat tiktok
Keluar segala mcm menda palatao merapu

Btw, akak pernah makan sekali jah kuda
Masa kecik2 dulu
Kuda istana, lupa dah ngapa kena sembelih, eksiden ke apa ka
Quote sayurmayur88 20-11-2023 07:22 AM
boleh je mkn daging kuda. sedap kot ??
Quote JunkMail 20-11-2023 07:33 AM
wikedsaikel replied at 19-11-2023 08:14 PM
Ye ke? Macam buddha tak makan lembu.

"Daging kuda tak boleh makan bang, haram..nabi tak suruh sebab ...

Memandai je netizen... Tibe dia pulak keluar hadis nabi.
Quote Burong_Hantuk 20-11-2023 07:47 AM
Lapar content si kepam sekor ni

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.040221 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top