CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selebriti Hidup Susah Tampil Ke Depan, Mudah Untuk Dibantu - Zaiton Sameon

19-11-2023 01:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3821| Komen: 8

Penyanyi era 1980-an, Zaiton Sameon, 67, menyarankan kepada artis veteran yang berdepan masalah kesempitan hidup agar berani ke hadapan untuk berkongsi bagi mendapat bantuan daripada pihak tertentu.


Zaiton berkata, sekiranya betul-betul dalam kesusahan dan perlukan bantuan usah berdiam diri dan tampil memaklumkan masalah dihadapi untuk dibantu dan mendapat jalan penyelesaian sewajarnya.



"Kalau dah susah tu, tampil ke depan, beritahu. Kalau tak diberitahu, mana orang nak tahu dan seterusnya akan membantu. Macam mana pun, kehidupan perlu diteruskan.


"Malu? Kalau ada banyak tawaran 'show' (menyanyi), saya pun takkan minta bantuan. Tapi, kalau dah memang susah, terpaksa minta bantuan. Tolak ke tepi saja, rasa malu itu," katanya kepada Harian Metro.


Penyanyi lagu Menaruh Harapan dan Kabut Serangkai Mawar ini berkata, bantuan diterima daripada orang ramai itu juga bukan paksaan, namun kalau ada ingin membantu maka terima saja.



"Kalau ada peluang, orang nak membantu terima dengan hati terbuka. Ia adalah rezeki. Pemberian bantuan daripada orang lain itu rezeki.


"Apapun, saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Zakat, Baitulmal, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) dan semua pihak yang sudah membantu saya," katanya.


Pada 17 September lalu, Zaiton meluahkan kisahnya yang memerlukan bantuan kewangan bulanan daripada pihak berkaitan untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup dihadapi selepas kurang mendapat tawaran menyanyi.


Kesempitan hidup Zaiton turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghantar wakilnya iaitu Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi untuk melawat serta menyampaikan bantuan kewangan dan bakul makanan pada 19 September lalu.



Pada 14 November tahun lalu, Zaiton juga menerima Kad Orang Upaya (OKU) menerusi kategori OKU Fizikal: Traumatic Brain Injuries (Trauma Kecederaan Otak) daripada JKM Wilayah Persekutuan.


Terdahulu, Zaiton pernah mengalami kemalangan jalan raya di Batang Kali, Selangor pada 1990 yang mengakibatkan dia cedera parah di bahagian kepala hingga menyebabkan hilang ingatan sementara.


Tidak hanya itu, Zaiton turut kehilangan anak lelaki tunggalnya, Azirwan Abu Bakar yang ketika itu berusia 13 tahun yang meninggal dunia dalam kemalangan itu.



Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 19-11-2023 01:02 PM
pengajaran kepada artis-artis muda ni, masa muda kumpul harta. simpan je dalam asb tu jangan keluarkan biar beranak pinak, amek insurans, amek hibah, carum kwsp ke epf ke. takdela nnt dh tua kerajaan nak bantu ko pulak
Quote ReginaGeorge 19-11-2023 01:35 PM
Makanya masa muda dan senang, belajar simpan duit. Belajar menabung. Ni dah sakit dah tua, meminta sana sini dan rasa diri tu entitled sebab retis. Melalak dengan menteri untuk support kebajikan retis. Sebab? Sebab rasa entitled tu tebal sangat.
Quote ketupatnasi 19-11-2023 01:47 PM
Acik harap retis² yg skrg berada dipuncak tgh kaya raya kulu kilir kelek henbag ratus ribu, kete jota²  tu tak kedekut menghulur bantuan pada rakan senior yg memerlukan.......tayah la guna duit pembayar cukai
Quote balakkampung 19-11-2023 01:49 PM
pengajaran jugak pada budak2 yg nak jadi artis, make sure habis belajar dan dapatkan paling tidak diploma atau ijazah dulu, baru jadi artis..esok lusa kalau tak bernasib baik dalam bidang industri seni, sekurangnya ada kelulusan nak carik kerja lain.
Quote ReginaGeorge 19-11-2023 02:05 PM
annehuda replied at 19-11-2023 05:02 AM
pengajaran kepada artis-artis muda ni, masa muda kumpul harta. simpan je dalam asb tu jangan keluark ...

Patutnya dia nasihat mcm ni kat retis muda dan bakal retis. Bukan nasihat minta bantuan bila dah tua, dah sakit dah misekin. Suka sangat minta bantuan.
Quote hanihan16 19-11-2023 02:09 PM
tiba2 i teringat forumer apa ntah nama yang anak buah acik ni.
Quote ashilalat 19-11-2023 05:04 PM
Tengok nek eton teringat aina bedul...tiber.
Quote pearl.silver 19-11-2023 09:38 PM
hanihan16 replied at 19-11-2023 02:09 PM
tiba2 i teringat forumer apa ntah nama yang anak buah acik ni.

Haha i pun teringat kt forumer tu tp xigt nick dia

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.029486 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top