CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tom Belajar Jadi Muslimah Lebih Baik, Nak Buang Semua Tatu

19-11-2023 09:14 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6645| Komen: 22

Kekal dengan penampilan seksi walaupun sedang berbadan dua, penyanyi Tom sedang dalam fasa untuk menjadi seorang muslimah yang baik dari hari ke hari.

Kata pemilik nama lengkap itu, dia terbuka dengan segala kritikan dan kecaman asalkan pandangan yang diutarakan peminat tidak melampau dan menjatuhkan maruahnya. 



"Kalau nak difikirkan, dulu saya lagi seksi, selain sudah terbiasa berpakaian sebegini sehingga kadangkala terlupa penampilan tersebut mencolok mata.

“Bagi saya tidak seksi tetapi apabila dikongsi di media sosial ramai orang komen membuatkan saya perasan sebenarnya pakaian saya terdedah dan tidak sopan. 

"Saya telan segala kritikan namun nak tegur biarlah berlapik. Saya akui kurang peka dan sedang perlahan-lahan belajar lagi bab agama,” katanya.

Sementara itu, bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) itu turut meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang sentiasa membimbing dan menasihati secara baik tanpa memaksa.


Malah wanita bertubuh genit itu mengakui kehadiran Fuad Rahman banyak mengubah hidupnya, baik dari segi pemakaian mahupun pendedahan mengenai ilmu agama. 

"Syukur, Fuad sendiri banyak bimbing saya, tegur saya mana yang tidak perasan. Alhamdulillah Fuad sampai sekarang cukup solat lima waktu meskipun orang pandang kami jahil sebab bertatu.

“Kalau boleh undur masa, saya nak buang segala tatu di badan, dah naik muak. Apapun saya percaya setiap manusia itu diberi peluang Allah untuk bertaubat, lambat atau cepat, itu antara saya dan Tuhan. 

"Terima kasih kepada yang menasihati, syukur kepada yang memaki, saya ambil mana yang baik dan cuba pekakkan telinga mana yang kurang enak didengar,” jelas Tom.

Terdahulu, sejak kehadiran Tom dalam industri seni selepas menyertai GV9, ada sahaja modal netizen untuk menghamburkan caci maki kepada penyanyi terbabit.

Malah, sebelum ini, Tom pernah memuat naik hantaran meluahkan rasa sedih apabila dihina kononnya tidak memiliki paras rupa menawan bahkan pernah dipanggil wanita jalang. 


Sumber: Kosmo! Online







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chekacheku 19-11-2023 09:16 AM
Reporter manala rajin iv dia ni..xde modal lain..
Quote slyfynx 19-11-2023 09:19 AM
Yawnnnn... Next
Quote Hoola 19-11-2023 09:23 AM
Kata pemilik nama lengkap itu, dia terbuka dengan segala kritikan dan kecaman asalkan pandangan yang diutarakan peminat tidak melampau dan menjatuhkan maruahnya.

tdk mjtuhkan maruahnya?
sometimes retis2 ni depa sndiri yg mnjtuhkn maruah sndiri..bkn ntijem nk jtuh hukum ..but see yrself dulu lah retisss
yr behaviur yr aksi yr pakaian yr tatoo
opsss

Quote belilies 19-11-2023 09:28 AM
Konon fuad tu bimbing, heols sendiri pun bertatu. Yg senget bengkang bengkok mengiring yg sama senget. Kesian dgn benih dpt makpak cam 2 ekor ni
Quote CikYaYaYa 19-11-2023 10:12 AM
Nak berubah tu diam-diam sudahlaa.. sebab nyaa nanti if ko jadi makin terok tak cukup tanah  netijen lahar ko
Quote Belibis 19-11-2023 10:33 AM
Berubah la diknon oi..kang dah mati,tak cukup page acik porum lahar.
Quote che-cikL 19-11-2023 10:37 AM


"Kata pemilik nama lengkap itu, dia terbuka dengan segala kritikan dan kecaman asalkan pandangan yang diutarakan peminat tidak melampau dan menjatuhkan maruahnya dengan segala kritikan dan kecaman asalkan pandangan yang diutarakan peminat tidak melampau dan menjatuhkan maruahnya"

Kalut nak gi mana budak wartawan ni tak baca balik esei 1000 perkataan, takde proofread dulu, takde bos editor ke nokkks
Lemahhhhh
Quote umbut 19-11-2023 10:44 AM
Belibis replied at 19-11-2023 10:33 AM
Berubah la diknon oi..kang dah mati,tak cukup page acik porum lahar.

Apa pulak , lepas mati nanti dipuja puji keluar segala kebaikan berpage page tau

Quote Purplehaz 19-11-2023 10:44 AM
Okla tu..sedikit sbyk kritikan kecaman tu beri kesedaran.

Yg mana x mampu nk buang tattoo tu, coverlah jgn dok tygkan lg.
Quote Safirania 19-11-2023 10:46 AM
Moga berubah ke arah lebih baik
Quote asfaz 19-11-2023 10:52 AM
Bukan ke masa gv dlu pun sama jugak ayatnya? Bila dah tersungkur,bila org tegur kemain dia membalas. Eh tiberrr sekarang ni ulang skrip sama
Quote Gianna111 19-11-2023 11:07 AM
i perasan melayu ni kalau buat tato memang seiring dengan rupa.kepam dan hodoh. kalau ye pun nak bertatu jangan alang-alang.buat tau yang meaningfull dan sesuai dengan kulit dan paras rupa.nak kata sebab kulit tan . orang latin banyak je bertatu elok je rupo.
Quote Suchi 19-11-2023 12:05 PM
Esok2 dia pakai jilbab ngn cadar kat muka
Pi umroh 5 kali setahun
Bersusun la netizen sembah ratu kat dia
Tak susah nk mensucikan imej, netizen mmg selalu rasa org yg pakai tudung tu baik.
Quote Mulotkoyak 19-11-2023 12:43 PM
Nama pun artis dan influencer bab bodoh agama tu xboleh ditolak tepi. Main agama pun golongan depa. Terpaling xbole ditegur. Ape ape je kaitkanorg ahama ni xbetol. Yg ckp tu pun kkdg bkn nya dr golongan ostazah pun. Lagi satu laki dia tunjuk ajar agama ke? Cm nk senyum sinis plak. Ahaks.
Quote ReginaGeorge 19-11-2023 12:50 PM
Tatu tu tak buang pon tak pa sebab u buang bukan dia 100% hilang. 50% pon tak hilang. Jgn la guna isu nak buang tatu utk promosi diri. Apa kata u bermula dengan tukar cara berpakaian? Pakai pakaian senonoh dulu sebab u pakai seksi pon u tak cantik dan body pon mcm barang yg dah discontinued.
Quote TomyamPuteh 19-11-2023 04:30 PM
Ada je org yg hidup pernah lagi teruk dari engkau Tom oiii. Tapi xde la smpai nk bertatoo tatoo. Tatoo ni lambang hidup nko ni hebat sgt la ye?
Quote tahanie 19-11-2023 06:30 PM
Alahai. Kau orang malaysia kn? Sekolah kerajaan kan? Dari darjah satu sampai tingkatan lima wajib belajar pendidikan islam. Berhentilah with this claim baru nak belajar agama shit.
Quote one_aiman 19-11-2023 07:28 PM
asal masuk bertanding je ada isu nak buang tatoo la nak berubah la..tapi dari gv tahun lepas duk tara tu jugak
Quote rhea85 19-11-2023 07:46 PM
one_aiman replied at 19-11-2023 11:28 AM
asal masuk bertanding je ada isu nak buang tatoo la nak berubah la..tapi dari gv tahun lepas duk tar ...

aah betul...pastu bila abes pertandngan, galak balik. adui tom, takde org expect ko g buang semua tatu tu. cuma cover2 la apa yg patut kalau rasa bebetul nak insof tu bukan tayang tatu tu dgn jayanya

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.271571 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top