CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Khawla Kena Faham Apa Ibu Bapanya Buat Demi Dia – Ernie Zakri

18-11-2023 01:22 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2895| Komen: 2

Penyanyi, Ernie Zakri, 31, mengakui tidak tersinggung seandainya ada pihak tertanya-tanya mengapa dia dan suami, Syamel, kelihatan tidak janggal sering membawa puteri sulung mereka, Nur Khawla Soleha,1,menghadiri acara hiburan dan menyanyi.


Bercakap kepada Utusan Malaysia, kata Ernie, sebagai ibu dan bapa, dia dan Syamel berpandangan Khawla meskipun masih kecil harus ditanam keterbiasaan untuk tahu bahawa menyanyi adalah kerjaya kedua orang tuanya.



“Saya rasa perlu untuk anak saya memahami kerja ibu dan bapanya. Dia kena faham supaya di rumah bila ibu bapanya tiada, itu kerana mereka sedang bekerja.


“Dia kena faham apa yang ibu bapanya buat demi dia. Dia akan belajar dari kecil mungkin sedikit sebanyak daripada apa yang kami berdua lakukan.


“Mana tahu jika Khawla minat menyanyi? Saya pun nak tengok minatnya ke arah mana. Sebagai ibu, saya nak terokai lebih lagi tentang minat Khawla,”katanya.


Selain itu, menurut Ernie, dia dan Syamel sama-sama saling berkorban waktu demi menjaga dan memberi perhatian penuh kepada anak perempuan kesayangan mereka itu.


“Alhamdulillah, sebenarnya kami berdua sangat bersyukur kerana Allah SWT kurniakan kami anak yang mudah diurus. Kebetulan, kami pun sama-sama ada waktu yang cantik untuk menjaga Khawla.


“Sekarang ini pun, Syamel banyak habiskan waktu di studio sebab dia terlibat banyak dalam penulisan lagu. Saya pun ada masa untuk Khawla jika tidak terlalu sibuk.


“Khawla pun sekarang dalam fasa sangat-sangat akrab dan susah nak berenggang dengan saya. Jadi memang tumpuan kita berikan penuh padanya. Itu jua sebab saya kena bawa dia kemana-mana,”katanya.



Sumber: Utusan




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dolmat 18-11-2023 04:57 PM
Edited by Dolmat at 18-11-2023 05:01 PM

Yg satu sorok anak menyesticker kan anak.. yg satu lak exposekan anak, yg satu lak menuakan anak, yg satu lak mengeducatekan anak English melondon, yg satu lak mengintellectkan anak...yg satu lak membroneo dayak kan anak, yg satu mengexpose mengelek dedah aurat anak.. yg satu menyelubungkan anak, yg satu merempankan anak



Asal kalian bahagia level2 retis mak bapak laaaa yaaa...

Quote ouch! 19-11-2023 07:19 PM
Kenapa ernie ni bila bercakap suka pelat2 baby talk? Xle ke ckp biasa je? Kang jd aisyah.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.038989 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top