CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Intip Jiran Sedang Mandi, Penjara 5 Bulan

17-11-2023 05:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4892| Komen: 6

Melaka: Seorang penjaga stor kedai serbaneka dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, tadi, selepas mengaku bersalah merakam jirannya mandi minggu lalu.

Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Fakrul Najmi Rohaizan, 26, selepas menerima pengakuan tertuduh.

MUHAMMAD Fakrul Najmi dijatuhi hukuman penjara lima bulan selepas mengaku bersalah merakam jirannya mandi. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati merakamkan gambar mangsa wanita berusia 44 tahun sedang mandi menggunakan telefon bimbit di sebuah rumah di Padang Temu, di sini, pada jam 10.50 malam, 10 November lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Berdasarkan laporan polis dibuat mangsa, dia menyedari dirinya dirakam selepas terlihat ada tangan memegang telefon bimbit di celah lubang angin tandas sebelum merampas telefon bimbit itu.

Mangsa bergegas mendapatkan suaminya dan menceritakan kejadian sebelum tertuduh yang juga anak jirannya datang untuk meminta maaf.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukumannya diringankan kerana menanggung keluarga dan hanya hanya bekerja sebagai penjaga stor.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dari tarikh ditangkap iaitu pada 14 November lalu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manopBKK 17-11-2023 10:08 PM

Quote hyie 17-11-2023 10:35 PM
kalau helok, acik2 porem sedia memaafkan heols tak sister?
Quote B40tastePosh 18-11-2023 09:32 AM
Kalau orang Melayu kena hukum 40 tahun sebab muka tak menarik/tak rembes bagi Majistret
Quote B40tastePosh 18-11-2023 09:34 AM
hyie replied at 17-11-2023 10:35 PM
kalau helok, acik2 porem sedia memaafkan heols tak sister?

"My pleasure, Sir. Thank you" kata Melayu sambil cium kaki wargaasing.
Quote adizero11 19-11-2023 08:30 AM
Makcik umur 44 ko gi rakam nampak apa dik?? nampak selulit jer dengan daki celah paha..haha

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.229699 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top