CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis Dah Nak Kahwin Dipercayai Bunuh Diri Tertekan Keluarga Lelaki Minta Hantaran RM150,000

17-11-2023 04:47 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8223| Komen: 56

Jakarta, Indonesia: Seorang gadis yang bakal mendirikan rumah tangga pada Januari tahun hadapan ditemui mati di dalam sebuah bilik hotel di Indonesia.

Memetik laporan media Indonesia, mangsa yang dikenali sebagai Shintia Indah Permatasari berusia 25 tahun ditemui tergantung di dalam sebuah almari di sebuah bilik hotel pada 13 November lalu. 



Penemuan mayat mangsa hanya disedari oleh pekerja hotel selepas merasa pelik wanita itu tidak mendaftar keluar dari hotel terbabit meskipun sudah lewat dua jam.

Susulan daripada itu, pekerja hotel nekad memasuki bilik tersebut menerusi tingkap untuk memeriksa keadaan Shintia. 

Namun alangkah terkejutnya apabila mereka melihat tubuh badan Shintia sudah terkulai di dalam almari. Hasil bedah siasat tidak menemui sebarang kecederaan.

Pihak polis percaya, kematian Shintia tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan yakin kemungkinan besar Shintia membunuh diri.



Difahamkan, Shintia bakal mendirikan rumah tangga pada Januari tahun hadapan malah segala persiapan termasuk foto pre-wedding dan goodies untuk diberikan kepada para tetamu. 

Dalam pada itu, ada dakwaan mengatakan bahawa pernikahan tersebut dibatalkan kerana tidak mendapat restu keluarga. 

Malah ada spekulasi mengatakan bahawa pihak keluarga lelaki meminta Shintia menyediakan wang hantaran sebanyak RM150,000.

Difahamkan dalam adat daerah Pariaman (Padang, Indonesia) khusus di kalangan masyarakat Bugis, perempuan harus menyediakan hantaran buat lelaki dan ianya harus mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak.


Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote menjad 17-11-2023 04:50 PM
Aduiiiii ramai lagi yg lain. Sebab cinta nyawa ko sanggup cabut.
Quote imransulaiman 17-11-2023 05:15 PM
Dafuk adat hantaran dari pihak perempuan?? Dah macam nun di India!

Katanya persetujuan dua belah pihak.. Kenapa pihak perempuan tak membantah?

Pihak lelaki tak perlu bagi wang hantaran ke?
Quote mejaputih 17-11-2023 05:18 PM
dah mcm belah2 india pompuan kena bagi hantaran...kesian parents dia susah2 bela dia sampai dewasa, akhirnya bunuh diri sbb family jantan tu...mcm dah takde jantan lain kat dunia ni
Quote krustykrab 17-11-2023 05:25 PM
Difahamkan dalam adat daerah Pariaman (Padang, Indonesia) khusus di kalangan masyarakat Bugis, perempuan harus menyediakan hantaran buat lelaki dan ianya harus mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak.


-no wonder la pompuan bg hantaran kat lelaki
Quote Firenzza 17-11-2023 05:58 PM
Mak aiiii.....150k? Ni indon Hindu ke hapa?
Quote cicicumel 17-11-2023 06:02 PM
Adat Padang.. I pn br tahu masa g sana bulan lepas.. Pak supir bercerita. Tp lps kawin, mmg suami wajib cari nafkah mcm biasa wpon masa kawin, perempuan yg kena bg hantaran.
Quote cm_vungtau 17-11-2023 06:06 PM
Baik la takyah kawin kalau kena bayar lelaki 150k. Dahla nak kena mengandung jaga anak semua. Baik aku membujang
Quote Kentot_Wangi 17-11-2023 06:07 PM
Wow.. 150k.. Ade phd ke tu? Klu kat msia ni, pihak pmpn ade spm tp minta 20k pn dh kena cerca dik. Ni 150k.. Wow.... Mcm2... Tp kenapalah pergi bunuh diri tu.. Kumbang bkn seekor. Hmmm....
Quote pengecatbintang 17-11-2023 06:15 PM
krustykrab replied at 17-11-2023 05:25 PM
Difahamkan dalam adat daerah Pariaman (Padang, Indonesia) khusus di kalangan masyarakat Bugis, perem ...


@B40tastePosh

ko bugis kan?

komen sikit pasal pompuan kena bagi hantaran
Quote shida81 17-11-2023 06:18 PM
Tgk kt tt.. Lawa budak ni
Syg betul bunuh diri sbb jantan
Quote Tinot7 17-11-2023 06:19 PM
Apa rupa laki tu?
Quote krustykrab 17-11-2023 06:21 PM
Firenzza replied at 17-11-2023 05:58 PM
Mak aiiii.....150k? Ni indon Hindu ke hapa?

Nama daerah pun dah serupa....
Quote syamzana 17-11-2023 06:27 PM
nape bunuh diri...dah rupa cantik cari lain la.
giler apa sampai hantaran rm150k...kalau parents pompuan mintak kat laki pun kene cerca dekkk. laki tu tokey lombong emas&minyak ke mahai beno hantaran tu. kalau setakat doc loyer majestric insiniur buang duit jah hantaran byk2 ujung2 segala kerja umah pun pompuan yg buat
Quote kepompong 17-11-2023 06:50 PM
paria . man.
Quote immaryjane 17-11-2023 07:52 PM
Tgok kt tt laki pkai uniform color putih, govt la kot. Cinta tk direstui coz tk kaya, so bapak si laki bg syarat klu nk gk kwen sila bayar 500juta.. arwah ni tk thu la kje ape, tp boleh ea gntung diri dlm almari, besar and tggi sgt ke? Biase klu dh tercekik, haruslah kite cepat2 lpaskn diri. Lain lh gntung dri style siling tu. Mmg tinggi
Quote nirose 17-11-2023 07:54 PM
Kalau Pariaman  ni rasanya masyarakat minangkabau..
Quote snowflakes 17-11-2023 08:15 PM
Biar mati anak, jangan mati adat kisahnya... dalam islam, lelaki yang kena sedia... macam orang arab.... ni mesti saki baki tinggalan adat hindu...
Quote B40tastePosh 17-11-2023 08:33 PM

Kalau uang Panai' (duit naik) nye mahal...Silariang(saling berkahwin lari) saja lah

[youtube]RAd7bex5hK8?si=wNSJeo_Pk5qAhtaN[/youtube]

[youtube]MSCK0KBOuUw?si=5j4fIpCPaUIKpndX[/youtube]
Quote B40tastePosh 17-11-2023 08:35 PM
snowflakes replied at 17-11-2023 08:15 PM
Biar mati anak, jangan mati adat kisahnya... dalam islam, lelaki yang kena sedia... macam orang arab ...

Arab pun ramai lelakinya kahwin lewat

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.097996 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top