CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Balenciaga Buat Hal Lagi, Kali Ini Hasilkan 'Skirt' Tuala, Dijual Dengah Harga Lebih RM4,000

17-11-2023 12:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6592| Komen: 30

Peminat fesyen gempar apabila jenama terkenal, Balenciaga memperkenalkan skirt tualanya kepada dunia sebagai sebahagian daripada koleksi Musim Bunga 2024.

Ia merupakan satu langkah berani dibuat jenama yang sudah terkenal dalam budaya pop sejak sekian lama ini.



Foto skirt tersebut menjadi bualan hangat apabila ramai pengguna media sosial memberikan reaksi terhadap sehelai tuala yang dianggap biasa.

Walaupun ada yang menganggapnya lucu, ramai berpendapat perkara itu agak tidak masuk akal terutamanya selepas mengetahui harga yang diperkenalkan.

Dengan harga kira-kira RM4,357 atau 965 dolar Amerika Syarikat (AS), skirt tuala daripada fabrik kapas terry ini akan menjadi salah satu koleksi milik anda.

Skirt uniseks yang dipakai pada bahagian pinggang dilengkapi dua butang dan tali pinggang boleh laras dengan strap di dalamnya.

Untuk penjagaannya, skirt tuala mewah ini memerlukan cucian kering.


Rekaan terkini jenama mewah itu mula menjadi bualan ramai selepas ThePopTingz berkongsi mengenainya di laman X.

Namun rata-rata netizen seakan tidak percaya skirt tuala menjadi pilihan Balenciaga sebagai koleksi terbaharunya.

Sebelum ini Balenciaga pernah mencuri tumpuan apabila menghasilkan 'beg plastik sampah' dan 'beg kerepk kentang' jenama popular.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakominami 17-11-2023 12:32 PM
Diorang keluarkan design mcm tu sebab ramai yg jenis batak brand.... sanggup pakai asal ade tulis balenciaga padahal diorang ni gelakkan je kat si bodoh yg beli ni....
Quote syamzana 17-11-2023 12:56 PM
dr pic tu kelihatan towel ikea rm20
wpun muroh tp serap air, iols beli byk2 utk tetamu
kalau yg rm30 tu berjenis sikit, tebal lg best gak pakai.
Quote Skuau 17-11-2023 12:58 PM
kotakominami replied at 17-11-2023 12:32 PM
Diorang keluarkan design mcm tu sebab ramai yg jenis batak brand.... sanggup pakai asal ade tulis ba ...

depa sedang buat kajian kot....'sapa bodoh fesyen'.
Quote antikorok 17-11-2023 01:02 PM
Berapa botol tegok sebelom kuar pesyen teross self claim trend of the year tuuu?





Quote Kitty_catz 17-11-2023 01:04 PM
depa berguru ngan jijan jajan phd ikat tepi kut

asalkan boleh viral, bodoh bengap pun tak mengapa

bad publicity is still publicity
Quote ciksom 17-11-2023 01:26 PM
Ikbal bole la beli pastu tunjuk resit. Mesti bangga.
Quote honeybee1802 17-11-2023 01:30 PM
Skuau replied at 17-11-2023 12:58 PM
depa sedang buat kajian kot....'sapa bodoh fesyen'.

Org kata...kena boddow jek...
Quote mojarean_X 17-11-2023 03:10 PM
Mohon acik michelle yeoh peragakan dulu. Dia kan dh jd duta belenciaga
Quote lee_sakura 17-11-2023 03:26 PM
kalo setakat terry towel ni hari2 aku guna tp xde cop balenciaga la
Quote supernaturalee 17-11-2023 04:53 PM
ada ke pun yg beli mcm 'beg plastik sampah' dan 'beg kerepek kentang' tu
dgn 'towel' ni


Quote nw111 17-11-2023 05:11 PM
Bodoh la org yg batak brand ni...byr mahal2 sbb beli nama je...i ada tgk YouTube sorang artisan ni, heols gunting luxury handbags..pastu bgtau the actual cost to produce such bag...semuanya wayyyyyyy overpriced...mmg semata2 beli brand n lifestyle..bila buat comparison dgn bag superfake, mmg payah nk spot the difference...siap kena pakai magnifying glass nk cari flaws..
Quote Zazama 17-11-2023 10:17 PM
Balenciaga, toala tu baik tok sah di bawa niaga.
Quote sharlenetexas 17-11-2023 10:20 PM
Batak brand.


Quote FlexyFox 17-11-2023 10:36 PM
  Memang ramai org berduit banyak jadi hamba brand. Kadang tgk harga yg derang bayar tak selari dgn item yg dibeli... sungguh huduh dan tacky. Dan towel ni? Gila....
Quote any42 17-11-2023 11:36 PM
model yg pkai pun wlaupun dbyar mahal agknya dlm hati mnyumpah seranah pekebenda la aku kna pkai ni
Quote dani-rox 18-11-2023 03:24 AM
kalo pakai nih pergi jalan2 kat luar, org suruh ko cepat2 pergi berubat kampung sis
Quote liyamariska 18-11-2023 03:54 AM
makin lama gaya fesyen zaman skrg makin mengarut...

Quote azlinaresad 18-11-2023 08:44 AM
Tuala pun boleh ya.. pelik pelik
Quote Dwdrum 18-11-2023 09:08 AM
Balenciaga fashion memang design bold begini...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.245655 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top