CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kamera "Speed Trap" Baru Bakal Digunakan! Boleh Rakam Pemandu Tak Pakai Tali Pinggang Keselamatan Dan Main Telefon Bimbit

17-11-2023 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6963| Komen: 32



Umum tahu kelajuan membunuh! Selain itu pelbagai lagi kesalahan di jalanraya menjadi punca kemalangan maut.

Jika sebelum ini kamera AES diperkenalkan untuk mengatasi masalah ini, kini kamera pengawasan 'ultra' beresolusi tinggi pula bakal diperkenalkan.

Memetik Daily Star dan mStar Online, alat peranti baharu yang bakal muncul di seluruh negara ini, mempunyai beberapa spesifikasi terbaik termasuk mencerap pemanduan melebihi had yang dibenarkan dan pelanggaran lampu isyarat merah.

Diperbuat di Jerman, kamera pengawasan ini mempunyai fungsi dua hala serta menggunakan sistem grid maya pintar dan radar.

Pada masa sama, kamera ini juga dapat merakam pemandu yang tidak memakai tali pinggang keselamatan atau mengendalikan telefon bimbit di stereng.

Menurut jurucakap pembuat Jenoptik, peranti tersebut bukan sahaja menjimatkan kos pemasangan malah penyelenggaraan juga lebih murah.


Malah katanya, ia memberi ukuran tepat yang beresolusi tinggi, walaupun cerapan dilakukan dalam gelap disebabkan cuaca.

“Sistem ini secara serentak boleh mengukur kelajuan di kedua-dua arah dan di beberapa lorong serta membezakan antara kereta dan trak.

"Had laju yang berbeza kemudiannya boleh dipraset untuk kelas dan lorong kenderaan yang berbeza. Flash juga tiada sekiranya terdapat pemandu yang melakukan kesalahan jalan raya,” katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 17-11-2023 10:14 AM
X adil. Kan dh berenti kt traffic light biarlah org nk main tepon pun
Quote prettyuglybabe 17-11-2023 10:17 AM
good la.. kalau pemandu berhemah ikut peraturan buat apa nak bising..
Quote jiwasemangat 17-11-2023 11:34 AM
If amik rasuah bukan susah pon nak lepas ...if tak pakai seatbelt kena macam²
Quote NurAin05 17-11-2023 11:49 AM
Rasanya lambat lagi untuk Malaysia implement camera ni
Quote Weller 17-11-2023 11:58 AM
takde flash kamera


tau tau sampai surat je gini....
Quote noor2 17-11-2023 12:09 PM
Wahhh .canggihnya..x pakai seatbelt pun boleh nampak...tp kalau call guna loudspeaker bukan kita pegang dgn tangan pun tu termasuk kesalahan lah kan
Quote supernaturalee 17-11-2023 12:10 PM
mojarean_X replied at 17-11-2023 10:14 AM
X adil. Kan dh berenti kt traffic light biarlah org nk main tepon pun

tah
nye
ada yg trafik light total sblm hijau dkt 3 minit kot
dan habis 1 lagu
klu short youtube blh 3 dh


Quote mejaputih 17-11-2023 12:27 PM
AES skrg masih berfungsi ke?
Quote esbok 17-11-2023 12:38 PM
seatbelt ni kekadang heran juga. seatbelt ni untuk diri sendiri juga. bukan untuk sesiapa pun.
Quote antikorok 17-11-2023 12:48 PM
Edited by antikorok at 17-11-2023 12:55 PM

Masihkah kau hengat?



Dolu kemain mengutokkkk AES ujong2 skrg tambah lagik banyak khen bukan sekedar AES dijenamakan semula sebagai AWAS eh malah siap tambah kamera lebih canggih serope cakap berdegor2 ekor bergelumang taekkkkk busok gaytuhhh


Quote antikorok 17-11-2023 12:57 PM

Btw, iolss sokong jah kamera pengawasan ni biar pemandu2 puaka memecot serope babiss terbang nak menuju ke alam barzakh ni menggelupoh sekor2.

Lagik bagos kalau terpakai sama huntok ummah negara selatan penyokong kuat Yisrohell yg dlm tanah sebesor sekangkang kandang bawak kete pijak semot babiss pon tak mampos, bila masok jah tanah bangsa J teros on mode serope nak terbang masok ke jurang kumbahan laknat tepI highway tuh ha gitohhh!
Quote Beribear 17-11-2023 01:43 PM
Function ke camera speed trap ni.. Kenapa iolss tak pernah dapat surat
Quote MissVixen 17-11-2023 01:48 PM
mejaputih replied at 17-11-2023 12:27 PM
AES skrg masih berfungsi ke?

Sekarang ni banyak kamera aes dah kena baiki. Sebelum anthony loke ni banyak yang rosak. Tapi sistem dia masih macam haram. Sebulan lagi sebelum naik mahkamah baru surat sampai. Dalam apps pun lambat update walaupun kejadian saman tu dah berlaku hampir setahun.
Quote MissVixen 17-11-2023 01:50 PM
antikorok replied at 17-11-2023 12:57 PM
Btw, iolss sokong jah kamera pengawasan ni biar pemandu2 puaka memecot serope babiss terbang nak me ...

Kena saman pun takde wajib bayar. Patut tahan dan jangan bagi balik selagi tak bayar semua saman.
Quote mejaputih 17-11-2023 02:24 PM
MissVixen replied at 17-11-2023 01:48 PM
Sekarang ni banyak kamera aes dah kena baiki. Sebelum anthony loke ni banyak yang rosak. Tapi sist ...

la...sbb iols tgk byk je kete merempit kat AES tp dah tak kuar flash...so iols tertanya2 masih function ke...ataupun dia sengaja tak flashkan sedar2 dah dpt surat saman.
iols suka AES ni sbb byk sgt kete laju2 over speed limit bagaikan tak sabar menuju maut...
Quote Melloew 17-11-2023 09:13 PM
Sokong. Semoga takde yg ralit tengok fon especially kat traffic light
Quote adelea 18-11-2023 01:04 PM
Sblm terowong menora ada ni .. siap macam display tv dia kuar kat gmbr
Quote brego 18-11-2023 04:15 PM
itu pasal tinted gelap di harom kan

senang nak amik gambar korang
Quote syamzana 18-11-2023 04:35 PM
esbok replied at 17-11-2023 12:38 PM
seatbelt ni kekadang heran juga. seatbelt ni untuk diri sendiri juga. bukan untuk sesiapa pun.

iols pelik gak org pemalas pakai seatbelt. kalau makayah kat depan tak pakai seatbelt, anak2 kat blkg lagi la.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.069990 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top