Tiada angin, tiada ribut, penyanyi Melly Goeslaw tiba-tiba menjadi buah mulut di media sosial selepas timbul dakwaan mengatakan dia menjadi punca keretakan rumah tangga individu. Menerusi paparan berita Indonesia, seorang individu yang menggunakan akaun Instagram @pasca.masna memuat naik beberapa video mendedahkan hubungan sulit Melly bersama bekas suaminya.
Wanita yang dikenali sebagai Masnawati Masud ini menuduh Melly menjadi pemusnah rumah tangganya serta curang dengan suaminya yang bekerja sebagai polis sehingga menyebabkan dia diceraikan. "Saya Masnawati Masud. Saya membuat video ini kerana saya sukar menghubungi Melly Goeslaw. Segala upaya saya sudah habis. "Semoga saudari Melly Goeslaw melihat pesan saya ini agar beliau berkenan bertemu dengan saya perihal urusan kita yang belum selesai. Terima kasih," kata Masnah. Dakwanya lagi, bekas suaminya sudah menjalinkan hubungan sulit dengan Melly pada 15 tahun lalu. Walaupun tidak pernah 'menangkap' Melly dengan bekas suaminya, Masnawati bagaimanapun yakin penyanyi itu adalah wanita yang bertanggung jawab meruntuhkan rumah tangganya dan menjadi punca dia berpisah dengan anak-anak. Bagaimanapun, Masnawati menerima kecaman hebat daripada netizen yang menuduhnya sengaja mencari publisiti murahan. Ada juga yang menganggap Masnawati tidak perlu membuka isu lama yang sudah basi apatah lagi tidak mempunyai sebarang bukti kukuh. Walaupun kecoh di media sosial namun Melly sehingga ke saat ini belum memberikan sebarang respon terhadap perkara itu. Sumber: Xtra |
supernaturalee replied at 17-11-2023 03:54 PM
melly masih dgn anto hoed ke
ADVERTISEMENT