CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Hidap Strok Tak Mengaku Cabul, Lakukan Kelucahan Melampau Terhadap Anak Teman Wanita

16-11-2023 04:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4001| Komen: 15

Muar: Seorang bekas pemandu bas ekspres yang menghidap strok ringan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual dan kelucahan melampau terhadap anak teman wanitanya, sejak enam tahun lalu.


Tertuduh, Othman Ludin, 56, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.


Mengikut pertuduhan pertama, kedua dan keempat, tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa yang ketika itu berusia lapan tahun di sebuah rumah di Parit Jawa, di sini pada Disember 2019 dan 2021.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) dan 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama, penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa memaksa mangsa melakukan oral seks sejak Mei hingga 2017 dengan kesalahan mengikut Seksyen 377C, penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.


Semua kesalahan berlaku di tempat sama iaitu sebuah rumah di Parit Jawa, di sini.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh memandangkan kesalahan dilakukannya sangat serius kerana membabitkan kanak-kanak.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan 9 Disember ini untuk sebutan kes, serahan dokumen dan lantikan peguam.

Susulan tiada jaminan ditawarkan tertuduh, akan dihantar ke Penjara Sungai Udang sementara menunggu kes disebut semula.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 16-11-2023 04:24 PM
Maknya pun gatal nk berlaki....
Dgn jantan tua , kena stroke mcm ni pun kau sangap....jaga je lah anak tu...sibuk nk berlaki....
Quote manehnya 16-11-2023 04:30 PM
tak padan dgn tua penyakit, benda boleh naik lg ke

memaksa mangsa melakukan oral seks


haram jadah betul rentua ni
Quote sufi^_^ 16-11-2023 04:31 PM
Muka cam ni, dengan stroke lagi, pun ada yang selera nak buat teman lelaki.
Quote DeLuna85 16-11-2023 04:44 PM
Mak budak tu umur berapa. Mesti masih muda sebab ada pun 8 thn ketika itu
Quote nono86 16-11-2023 05:15 PM
Kesian nya wei.. harap adik tu kuat
Quote Lentera 16-11-2023 06:03 PM
Muar... Again?
Quote zuuu 16-11-2023 06:33 PM
Pak cik oi ko dah couple ngan mak budak pompuan tu kan,suruh jelah gf tu yg buat,yg ko g paksa anak dia umur 8 tahun tu dh kenapa???
Quote mamastoney 16-11-2023 06:45 PM
zuuu replied at 16-11-2023 06:33 PM
Pak cik oi ko dah couple ngan mak budak pompuan tu kan,suruh jelah gf tu yg buat,yg ko g paksa anak  ...

Betina tu dah puas ditoron, dah lobos lubang atas bawah, depan belakang gamaknya….tu yg si keparat ni paksa budak kecik buatkan.
Gamaknya dorg ni tinggal serumah tanpa nikah kot. Si betina tu plak dah tak peduli dah walopun sijantan dah tua, muka buruk dan strok; yg penting dia dpt puaskan nafsu dia
Quote selipar_hijau 16-11-2023 08:09 PM
Kimaknya, dah strok pun masih berperangai sial
Quote Suchi 16-11-2023 08:30 PM
zuuu replied at 16-11-2023 06:33 PM
Pak cik oi ko dah couple ngan mak budak pompuan tu kan,suruh jelah gf tu yg buat,yg ko g paksa anak  ...

Sbb dia pedo
Dia rapat ngn mak budak tu pun harusla sbb nak mendekati budak tu
So hati2 la single mader yg ada anak kecik, siasat abis2 pakwe baru korang tu
Pedo mmg sentiasa lapar budak kecik, sekali dapat boleh melayang nyawa bebudak dia kerjakan.
Quote ketambangkang 19-11-2023 01:41 PM
"kelucahan melampau" tu maksudnya mcmana..babi betul perangai
Quote annehuda 19-11-2023 01:47 PM
Suchi replied at 16-11-2023 08:30 PM
Sbb dia pedo
Dia rapat ngn mak budak tu pun harusla sbb nak mendekati budak tu
So hati2 la single  ...

iols teringat la ada satu movie tu, tajuk lolita kot. yg pedo ni kawen ngan mak budak tu,lepas mak budak tu meninggal dia pun rogol la anak tiri dia, dibawak lari sana sini. disturbing sgt movie tu sebab kekonon dari POV dia tu adalah cinta sejati
Quote B40tastePosh 19-11-2023 01:49 PM
Gatal nye si tua kutuk tu, potong tangan tu  kang
Quote Suchi 19-11-2023 02:53 PM
annehuda replied at 19-11-2023 01:47 PM
iols teringat la ada satu movie tu, tajuk lolita kot. yg pedo ni kawen ngan mak budak tu,lepas mak ...

Lah iols baru tgk review cite ni kat fb. Ala review yg suara mcm suara robot indon tu
Review yg dh mcm sinopsis kekdahnya sampai abis cite.
Tp dia sebut lelaki tu penyewa kat rumah mak lolita tu tp lolita tu suka goda2 dia.
Pastu mak lolita mati eksiden, lelaki ni pi jemput lolita kat kem musim panas.
Tak balik umah duk sana sini kat hotel. Takda sebut rogol ke apa.
Rupanya dia rogol ank tiri eh? Sbb masa dkt2 ending katanya lolita tu ada lari ikut sapa tah. Tau2 3 tahun kendian hantar surat minta duit sbb dh kawen n pregnant.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.138600 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top