CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gara-Gara Isyarat Jari Telunjuk, Rakyat Malaysia Dianggap Pejuang Palestin Dan Ditahan Di Madinah

16-11-2023 02:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8255| Komen: 83

Foto yang menjadi punca Huda ditahan pihak berkuasa di Madinah

Disaat krisis Palestine-Israel kini telah memasuki 40 hari dan ribuan kanak-kanak dan orang awam Palestine terkorban akibat pengeboman tentera pendatang haram, seluruh dunia mendesak agar Israel menghentikan serangan ke atas Palestine.

Bukan itu sahaja, negara Arab terus digesa agar menolak sebarang usaha menormalisasi hubungan dengan Israel dalam mempertahankan nasib rakyat Palestin.

Namun panggilan kemanusiaan itu sepertinya tidak diendah ekoran faktor geopolitik serantau.

Memetik Mstar, baru-baru ini kecoh apabila seorang rakyat Malaysia mendakwa dia ditahan di Madinah oleh pihak berkuasa tempatan kerana disalah anggapp menunjukkan tanda solidariti untuk Palestin.

Melalui satu hantaran di Facebook, seorang lelaki yang dikenali sebagai Huda Izaham mengepilkan sekeping gambar menunjukkan dia sedang berada di perkarangan Masjid Nabawi.


Dalam gambar tersebut, Huda dilihat menaikkan jari telunjuknya ke langit yang membawa maksud Allah yang satu.

"Saya dan dua sahabat ditahan pihak berkuasa kerana gambar ini. Hampir 30 hingga 45 minit disoal siasat. Visa kami diperiksa secara teliti.

"Kami turut dibawa berjalan oleh pihak polis sejauh 500 meter untuk melihat sama ada kami akan melarikan diri atau tidak.

"Kami disalah erti sebagai pejuang Palestin kerana gambar tersebut, walhal saya mengangkat jari telunjuk itu untuk menggambarkan Allah yang satu," ujar Huda menjelaskan situasi.

Huda walau bagaimanapun berjaya dibebaskan semula dengan bantuan rakannya yang fasih berbahasa Arab.

Arab Saudi adalah tuan rumah untuk Tanah Suci umat Islam, taktan nak minta mereka ikut selera kita pula. WARGA MAYA
"Alhamdulillah kami berjaya dilepaskan, mujur ada sahabat Abu Muadz yang boleh berbahasa Arab datang membantu.

"Jadi peringatan untuk semua, Arab Saudi adalah sebuah negara yang pro-Amerika Syarikat," kata Huda.

Huda difahamkan berada di Arab Saudi untuk menunaikan ibadah umrah pada awal November lalu.



"Alhamdulillah, selesai umrah pertama saya sepanjang 39 tahun hidup di muka bumi Allah. Sesungguhnya berat rasa hati ini untuk meninggalkan kota Makkah al-Mukarramah.

Huda selesai mengerjakan umrah di Makkah.

"Semoga Allah panjangkan umur dan memberi kemudahan untuk saya membawa anak dan isteri pula ke sini.

"Semoga keluarga dan para sahabat saya juga diberi kemudahan untuk sampai ke sini suatu hari nanti," tulis Huda dalam satu hantaran lain.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya menasihatkan Huda untuk mengikut tatacara di tempat orang.

"Sudah jelas disebut yang di Tanah Suci tidak dibenarkan untuk kita memakai pakaian, mafla atau simbol yang melambangkan apa-apa perjuangan. Kita di tempat orang, ikutlah adat di sana.

Antara komen netizen.


"Mungkin itu satu prosedur saja untuk pihak berkuasa di sana, jangan diprovokasi melebih-lebih. Makkah dan Madinah ni tempat beribadah, cukuplah kita mendoakan untuk rakyat Palestin. Mustajab di sana.

"Arab Saudi adalah tuan rumah untuk Tanah Suci umat Islam, tak akan nak minta mereka ikut selera kita pula," kata sebahagian warga maya.

Sebelum ini, seorang warga Malaysia yang bekerja di Arab Saudi turut ditahan oleh pihak berkuasa negara itu kerana kelantangannya membuat kritikan secara terbuka.

Individu terbabit dalam ciapannya menyifatkan Arab Saudi seperti dunia akhir zaman yang mana gejala pelacuran dan penjualan arak berleluasa.

Imam dari Istanbul, Turkiye ditahan ketika sedang menunaikan umrah.

Sementara itu, juga tular di platform media sosial pada Selasa adalah seorang imam terkenal dari Istanbul, Turkiye iaitu Mustafa Efe yang ditahan di Makkah kerana menggunakan perkataan ‘Gaza’ dan ‘Palestin’.

Efe menerusi satu video pendek yang dimuat naik di media sosial menceritakan situasinya di Makkah dan menjelaskan sebab penahanannya.

Selama 12 jam ditahan, Efe yang digari kakinya kemudian dibenarkan untuk meneruskan ibadah umrah. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 16-11-2023 02:33 PM
Edited by dua_chzy at 16-11-2023 06:34 AM

Ha kau.

Bandingkan negara Arab handle protestors dengan negara kokesen kapir Kanada handle protestors kat tered si Kak Tum tu.
Quote dua_chzy 16-11-2023 02:33 PM
Sah2 la kau kena tahan ntah2 meka takut kau pengganas Hamas ka hapa.
Quote _kelly 16-11-2023 02:34 PM
pegi negara orang ikut law negara tu lah, jangan memandai2
Quote dio5774 16-11-2023 02:42 PM
tengok siapa pemerintah sekarang...
Quote sharlenetexas 16-11-2023 02:52 PM
Lain kali angkat dua jari peace.


Quote mamajawie 16-11-2023 02:55 PM
mampos la beg ada lambang malaysia pun kena angkut gak lepas ni
Quote VioletsAre_Blue 16-11-2023 04:06 PM
Bodoh betul saudi, atlet sukan beragama islam macam khabib, makhachev kan biasa tunjuk isyarat tangan macam ni. Boleh pulak anjur boxing sana sini panggil atlet merata dunia tapi bodoh benda simple pun tak faham.
Quote mawardia 16-11-2023 04:23 PM
Ah kau memang memintak
Quote ultra78 16-11-2023 04:29 PM
What do you expect?
Quote batmana 16-11-2023 05:03 PM
Patut umat Islam seluruh dunia boikot arab Saudi...tk payah wat haji umrah..psl pro  sblh pihak
Quote noor2 16-11-2023 06:38 PM
Terpaling Palestine mmg rakyat Malaysia pun...cer baca dalam forum ni...berapi2 menyerang posting org  lain konon diala terpaling Palestine..euww..entah2 produk menyokong Israel masih dia guna...
Quote zuuu 16-11-2023 06:39 PM
Mmg sebut nama gaza n palestin pon x dibenarkan ke???agak extreme la,dh tu kalo nk berdoa untuk gaza n palestin kena doa senyap2 dalam hati jelah
Quote Pajeri_Nenas 16-11-2023 06:50 PM
zuuu replied at 16-11-2023 06:39 PM
Mmg sebut nama gaza n palestin pon x dibenarkan ke???agak extreme la,dh tu kalo nk berdoa untuk gaza ...

Gambar rajanya sendiri dilarang
Quote asamfish 16-11-2023 07:18 PM
sebab tu jangan bodoh sangat!!! nkau pegi mekah/madinah untuk beribadat..untuk buat umrah...yang dok galak berfoto2 sana sini tu kenapa???? kot la nak buat kenangan perlu ke nak buat aksi2 tunjuk jari tu? baik konon tunjuk tuhan yang satu, mahupun tunjuk mini love tu...toksah nak bagi alasan tunjuk jari tuhan yang satu ke ape sangat lah.....Allah mmg satu tanpa diberi isyarat !  
Quote ninja boy 16-11-2023 08:05 PM
Edited by ninja boy at 16-11-2023 08:08 PM

makkah madinah visitor kena jagalah, arab itu elak dari risiko itu sbb kena beradab patuh undang2,
huruhara dikatakan di tanah arab coming soon entah bila, sementara aman damai beribadah lah secara aman
Quote kerunai 16-11-2023 08:15 PM
mmg benarlah prophecy yg nabi cakap selama ni ...
Quote Suchi 16-11-2023 08:20 PM
sharlenetexas replied at 16-11-2023 02:52 PM
Lain kali angkat dua jari peace.

Kalau angkat jari tengah?
Quote HujanBatuTiga 16-11-2023 08:20 PM
Edited by HujanBatuTiga at 16-11-2023 08:23 PM

Yg turkish tu kene detained sbb dia dgn kwn dia fly drone takde permit

https://x.com/turkeyaffairs/status/1724560839682806070?s=46
Quote Rdizz 16-11-2023 09:01 PM
Dekat sana masa umrah atau haji, berkumpul ramai dlm group dlm kwsn masjid pun tak boleh, lebih drp berapa org tah, bila mutawif nk explain apa2 benda, kena cepat2, nnti askar nmpk dia suruh bersurai. Dah procedure mcm tu, askar dan staf masjid tu ok2 ja, kdg tolerate jugak and helpful kalau kita tanya direction.

Yg kita dgr org cerita theyoll mcm rude atau kasar, sebenarnya depa ok je, they just doing their job. Ada sop yg kena ikut.

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.177841 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top