CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembunuh Along Spoon Terlepas Hukuman Penjara Sepanjang Hayat, Lembaga Pengampunan Membenarkan Petisyen Rayuan

16-11-2023 12:51 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 12863| Komen: 149

Putrajaya: Pembunuh penyanyi terkenal era 90-an, Allahyarham Along Spoon terlepas daripada hukuman pemenjaraan sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan hari ini meminda hukuman tersebut kepada penjara 33 tahun.


Mohd. Ya’cob Demyati, 57, sebelum ini diperintah menjalani hukuman mati namun ia diringankan kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuannya.


Keputusan dicapai oleh Mahkamah Persekutuan pada hari kedua persidangan hari ini selepas empat bulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati 2023.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Hasnah Datuk Mohammed Hashim, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan permohonan semakan ke atasnya.


Pada prosiding itu, Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman kepada Mohd. Ya’cob Demyati, 57, atas kesalahan membunuh Along atau nama sebenar Sabi’ul Malik Shafie, yang terkenal menerusi lagu Rindu Serindu-Rindunya itu bermula dari tarikh tangkap pada 4 Januari 2000.

Bagaimanapun, Mohd. Ya’acob terlepas daripada hukuman sebatan atas faktor usia kerana berumur lebih 50 tahun.

Pada 10 April 2002, Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhi hukuman mati selepas mendapati dia bersalah sepenuhnya dalam kejadian pembunuhan itu.

Mohd. Ya’cob antara 12 daripada 13 banduan terlepas daripada hukuman mati atau penjara sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan menukarkannya kepada penjara 30 tahun dan ke atas manakala banduan lain turut dikenakan hukuman 12 sebatan. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 16-11-2023 12:57 PM
sebenarnya yang sial tu bini alias skandal arwah tu..mana jalang birah tu da mati ke blum?
Quote cikatilia 16-11-2023 01:11 PM
mamajawie: sebenarnya yang sial tu bini alias skandal arwah tu..mana jalang birah tu da mati ke blum?

aku nampak kat tiktok kata dah mati


Quote imransulaiman 16-11-2023 01:16 PM
Dia ni diupah membunuh atau isteri dia ada skandal dengan arwah?
Quote Suchi 16-11-2023 01:28 PM
Ingatkan dah kena gantung
Quote prettyuglybabe 16-11-2023 01:32 PM
maknanya lagi 10 tahun la dia dok dalam ye..
keluar nanti status warga emas dah..
Quote mawardia 16-11-2023 01:34 PM
Pasal betina ni binasa hidup dua jantan. Nasib sorang ni x mati jugak. Ada la peluang hidup lg. Tp tu la... Dah kena buang keje, xde pendapatan. Camna la hidup kat luar. Kalau lah dia berfikir secara waras dulu sure skrg he ols ni dah pangkat tinggi, aman2 je he ols ulit bini baru. Hmmm.
Quote dua_chzy 16-11-2023 01:35 PM
Eeehhhhhh ingatkan dah lamaaaaa ke tali gantuuuungggg
Quote dua_chzy 16-11-2023 01:36 PM
imransulaiman replied at 16-11-2023 05:16 AM
Dia ni diupah membunuh atau isteri dia ada skandal dengan arwah?

Ada skandal. Cuba cari transkrip perbicaraan kes ni. Ada ja online. Aib nak mampus.

Aiol tak rajin mengoogle hari ini.
Quote MissYouSayang 16-11-2023 01:37 PM
Lol. Ade lagi pembunuh sekor ni. Sebab bughit busuk je pun sanggup membunuh. Bodoh betul.
Quote Noraniza_Iblis 16-11-2023 01:38 PM
dua_chzy replied at 16-11-2023 01:36 PM
Ada skandal. Cuba cari transkrip perbicaraan kes ni. Ada ja online. Aib nak mampus.

Aiol tak raji ...

aib? ade cite dlm kain yg reveal jgk ke?

Quote edayildiz 16-11-2023 01:39 PM
penyanyi terkenal ke? inallilah
hensem
Quote ninja boy 16-11-2023 01:39 PM
Kalau bini curang kasi cerai dan nikah baru
Quote selipar_hijau 16-11-2023 01:42 PM
Baru je tgok itu hari fail mahkamah kat tv3 ada cover pasal kes ni.

Yg untong nya pompuan tu lah takde sape ke tahu fb ke, ig ke, tt pompuan tu teringin gak nk tgok apa jadi skrg
Quote sharlenetexas 16-11-2023 01:42 PM
mawardia replied at 16-11-2023 01:34 PM
Pasal betina ni binasa hidup dua jantan. Nasib sorang ni x mati jugak. Ada la peluang hidup lg. Tp t ...

Rasanya aman2 hidup sheols. Dah tua pun masih nmpk cantik.


Quote mawardia 16-11-2023 01:46 PM
sharlenetexas replied at 16-11-2023 01:42 PM
Rasanya aman2 hidup sheols. Dah tua pun masih nmpk cantik.

Hidup lagi? I ols nampak kat komen porumer ckp da mati
Quote hareeeesah 16-11-2023 01:53 PM
Google muka bini dia bangga btul ek senyum tu, xde rasa malu ke air muka tu
Quote I.K.A888990 16-11-2023 02:10 PM
tulah hujung2 siapa yg rugi sbnrnya
Quote forex 16-11-2023 02:10 PM
selipar_hijau replied at 16-11-2023 01:42 PM
Baru je tgok itu hari fail mahkamah kat tv3 ada cover pasal kes ni.

Yg untong nya pompuan tu lah t ...

kisah mona fendey smpi 2 espiod. smalam baru abis
Quote ifanonline 16-11-2023 02:13 PM
sharlenetexas replied at 16-11-2023 01:42 PM
Rasanya aman2 hidup sheols. Dah tua pun masih nmpk cantik.

tetek besar tak? kalau berebut tetek kecik memang bodoh la...

Lihat semua komen(149)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.061067 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top