CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penganggur Lari Bawa Kereta Lawan Arus, Miliki Dadah

16-11-2023 12:23 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4181| Komen: 6

Muar: Dua penganggur ditahan ketika memandu dalam keadaan mencurigakan dan berbahaya ketika cuba melarikan diri sejurus melihat kelibat polis di kawasan Bandar Muar di sini dalam kejadian Sabtu lalu.


Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi sewaktu anggota unit ronda MPV membuat rondaan di tempat kejadian melihat sebuah kereta yang mencurigakan.


Menurutnya, anggota polis tersebut telah mengarahkan pemandu menghentikan kereta namun pemandunya terus memecut laju dengan memandu berlawanan arus di hadapan Pasar Awam Muar.

“Akibat tindakan itu, ia telah menyebabkan kereta yang dipandu terbabas sehingga berlakunya kemalangan dengan dua kenderaan lain di Jalan Salleh.

“Pihak polis berjaya menahan pemandu dan penumpang kereta tersebut dimana kedua-duanya adalah rakan.

“Seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 24 tahun dan seorang wanita berusia 27 tahun ditahan,”katanya ketika dihubungi hari ini.


Tambah Raiz Mukhliz, turut dirampas barang kes dipercayai dadah jenis syabu yang dijumpa dalam kereta tersebut dan ujian air kencing mereka positif methamphetamine.

“Susulan dari tangkapan yang dibuat, kedua-dua suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Muar semalam dan tarikh sebutan semula kes pada 15 Januari 2024 ,”katanya.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 16-11-2023 12:32 PM
Takutnya terserempak.orang cam ni OTR.
Quote batmana 16-11-2023 01:04 PM
isap dadah ni tkle ke buat muka tk mencurigakan..

nyusahkan org kalu langgar kete org awam
Quote ninja boy 16-11-2023 01:46 PM
Kenapa pakai kaler kuning kenapa x warna silver black white senang lolos
Quote I.K.A888990 16-11-2023 02:13 PM
baik kau benti je time polis srh
ni tak dah la kemalangan pastu kang ke dalam pulak kena sumbat....
Quote NurAin05 17-11-2023 04:53 PM
menyusahkan orang je ni

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.067210 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top