New York: Sebuah pesawat terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang selepas seekor kuda dalam kargo kenderaan itu mengamuk dan terlepas. Insiden itu berlaku kira-kira setengah jam selepas pesawat itu meninggalkan New York dalam perrjalanan ke Belgium.
Kru pesawat kargo Boeing 747 itu menghubungi pusat kawalan trafik udara untuk memaklumkan tentang insiden haiwan terlepas itu. "Kami tiada masalah dari segi penerbangan tetapi kami perlu kembali ke New Yok. ni kerana kuda yang kami bawa terlepas dari tempatnya dan gagal dikawal," lapor juruterbang pesawat itu dalam rakaman kawalan trafik udara diperolehi Live ATC. Data FlightRadar24 menunjukkan, pesawat itu naik pada ketinggian 31,000 kaki sebelum terpaksa membuat pusingan U di luar pantai Boston. Audio menunjukkan, pesawat itu membuang sekitar 20 tan bahan api ke atas Atlantik dalam memastikan pesawat itu tidak melebihi had berat selamat untuk mendarat.
Juruterbang itu kedengaran meminta kawalan trafik udara mendapatkan doktor haiwan hadir apabila penerbangan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy, New York. Pesawat itu akhirnya berjaya mendarat dan diberi bantuan diperlukan. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT