PETALING JAYA –bagi mengawal anak-anak mereka daripada ketagih makanan ringan, seorang bapa bertindak mengunci peti ais di rumah menggunakan mangga kunci Video yang dimuat naik oleh @aniwanis di TikTok, menunjukkan suaminya memasang selak dan mangga kunci pada peti ais menggunakan mesin gerudi.
Kelihatan isi peti ais kecil itu penuh dengan makanan ringan seperti biskut, coklat, air kotak dan lain-lain. Anak-anak pasangan itu hanya mampu tersenyum apabila melihat gelagat bapanya yang mengusik mereka selepas berjaya mengunci peti ais. Diruangan komen, ramai netizen ketawa melihat gelagat keluarga ini dan kagum dengan cara mereka mengawal anak-anak daripada ketagih makan makanan ringan.
“Dah penuh macam itu bukan anak je teringin, saya tengok pun nak makan coklat itu,” komen Zakiah Abu Bakar. “Nak juga buat macam ini tapi fikir balik takut diri sendiri yang stres kejap-kejap nak kena buka kunci mangga,” tulis Nur Aqillah. -CARI Sumber: Kosmo
|
Thunderclouds replied at 15-11-2023 01:10 PM
Cara sekat ank mkn jajan:
1. Xyah bebeli jajan
ADVERTISEMENT