PETALING JAYA – Kurang sesuai, seorang pendakwah menegur segelintir deejay kenduri kahwin yang membacakan doa pengantin sewaktu tetamu sedang makan atau menceduk lauk. Pendakwah bebas, Datuk Syeikh Faisol Omar berkata, tindakan tersebut menyebabkan tetamu menjadi serba salah sama ada mahu mengaminkan doa atau meneruskan makan ketika deejay kenduri kahwin membacakan doa pengantin.
“Trend masa kini kalau pergi kenduri walimatulurus, dia ada perkhidmatan deejay. Mereka boleh kata berkebolehan, cakapnya fasih, kemudian boleh ikut permintaan tuan kenduri. Kalau tuan kata tak mahu lagu rock, nak nasyid, dia boleh pasang tak ada masalah. “Ada satu kebolehan deejay rumah kenduri ni, dia boleh baca doa pengantin, tu yg special. Cuma saya nak beri sedikit teguran, pada saya kurang sesuai sekarang ni bila pengantin baru sampai ketika tetamu lain sedang makan kenduri.
“Persoalannya ketika orang sedang makan tu, maka deejay pun baca doa pengantin baharu, macam-macam lah doa kan. Baguslah doa tu cuma pada saya tak berapa sesuai ketika orang sedang makan tiba-tiba dia baca doa tu, jadikan orang serba salah,” katanya menerusi video di TikTok. Sehubungan itu, beliau mencadangkan doa tersebut dibaca sama ada sebelum majlis makan bermula atau dibacakan di atas pentas tanpa menggunakan pembesar suara. “Pasal apa? Yang sedang makan nak terus makan, orang baca doa. Tak amin doa, orang kata kurang ajar, kurang sopan. Yang nak ceduk lauk tak jadi ceduk, berhenti senyap lagu tu. Ada setengah orang tak peduli teruskan makan, jadi kurang cantik dan kurang sesuai. “Jadi saya nasihatkan kepada deejay rumah kenduri dan tuan kenduri, kalau nak baca doa sebelum majlis makan bermula. Doa makan, doa pengantin sebagainya. Tengah-tengah majlis berjalan, tak sesuai sama sekali,” nasihatnya. – CARI Sumber: Kosmo
|
Prickford replied at 15-11-2023 01:49 PM
Mcm recently la, iolls gi spital gomen. Punyalah ramai orang tengah register. Ngam2 sampai kat soran ...
AbukRokok replied at 15-11-2023 06:17 AM
wajib tadah tangan utk aminkan doa?
AbukRokok replied at 15-11-2023 02:16 PM
xfaham knp kenduri kahwin dj pasang lagu rock kuat2 mcm dalam konsert?
xboleh ke pasang lagu chillou ...
kotakominami replied at 15-11-2023 05:48 PM
Wajib tu tak tau la....tapi kalau kt status wasap tu aku tgok ramai je yg berdoa sambil menaip....
krustykrab: Baru ni kt tiktok jgk, ada setat kata tk leh pasang ayat quran kt kedai makan sebab ayat quran utk dihayati dan dibaca. Iols is konpius sb kdg kat rum ...
krustykrab replied at 15-11-2023 01:04 PM
Baru ni kt tiktok jgk, ada setat kata tk leh pasang ayat quran kt kedai makan sebab ayat quran utk d ...
kotakominami replied at 15-11-2023 05:48 PM
Wajib tu tak tau la....tapi kalau kt status wasap tu aku tgok ramai je yg berdoa sambil menaip....
ezacbee replied at 16-11-2023 09:15 AM
Tula pasal.. klo sentiasa pasang kan automatic kita akan hafal surah.. ustaz pun bercanggah penda ...
KamikuP replied at 16-11-2023 09:13 AM
Ostat mana yg kata camtu?
Setahu meolls, kita dengar ayat al-quran pun dapat pahalahttps://www.muft ...
ADVERTISEMENT