Jakarta: Pengacara dari Indonesia, Zeda Salim mendedahkan dia tidak pernah mendapat hak sebagai seorang isteri. Selain mengalami penderaan secara seksual dan mental, Zeda atau Zurayda Salim, 37, juga tidak dibenarkan hamil oleh suami sendiri iaitu Habib Ali Jindan.
Malah dia juga tidak mengetahui alasan Habib Ali atas tindakan itu sedangkan sebagai seorang isteri yang sah Zeda berhak mendapatkan nafkah daripada suaminya. "Sebagai seorang isteri saya seharusnya mendapatkan hak-hak yang telah ditetapkan dalam hukum Islam. Namun saya tidak mendapatkan apa yang sepatutnya. "Salah satunya saya tidak dibenarkan untuk hamil tanpa sebarang alasan yang jelas," katanya seperti yang dipetik dari Suara. Lebih tiga tahun hidup menderita, Zeda akhirnya membuat laporan polis atas dakwaan keganasan rumah tangga pada 24 Julai lalu dan kes masih lagi dalam siasatan.
Wakil peguam turut mendedahkan Zeda pernah bertindak untuk membunuh diri kerana tertekan selain cuba mengambil ubat-ubatan terlarang. "Dia (Zeda) sangat terkesan. Jiwa dan fikirannya sangat raput kerana mengalami keganasan rumah tangga. "Kerana rasa kecewa dengan suami sendiri, dia pernah cuba membunuh diri. Dia mengambuil ubat-ubat terlarang," jelas wakil peguam. Sementara itu menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Zeda juga pernah meluahkan rasa kecewa dan meminta agar dia diceraikan secara baik. Sumber: mStar |
prince_marhaen replied at 15-11-2023 11:41 AM
deraan seksual? habib tak bagi hamil tapi habib sodok belakang ke???? omg
prince_marhaen replied at 15-11-2023 11:41 AM
deraan seksual? habib tak bagi hamil tapi habib sodok belakang ke???? omg
prince_marhaen replied at 15-11-2023 03:41 AM
deraan seksual? habib tak bagi hamil tapi habib sodok belakang ke???? omg
Suchi replied at 15-11-2023 06:01 AM
Maybe dipaksa amik perancang ke or pakai kondom ke apa.
Dia tak suka anak kot.
ADVERTISEMENT