Saraburi, Thailand: Padah ingin menunjukkan kehebatan diri pada seorang wanita, seorang askar hampir lemas selepas terjun ke dalam terusan air dari ketinggian 80 meter. Malah dia juga sedang mabuk ketika kejadian di bawah Jambatan Rattana Makkah di wilayah tengah Saraburi, Thailand.
Susulan insiden tersebut, Pasukan Penyelamat Sawang Rattana Trai hadir ke lokasi bagi mencari dan menyelamat mangsa. "Dia kelihatan terbaring di atas gugusan pokok renek di terusan air berkenaan sebelum segera dibawa keluar. "Askar itu pada mulanya menolak bantuan. Para penyelamat terpaksa bercakap dengannya, menggesa dia supaya bertenang bagi memudahkan proses penyelamatan," ujar wakil penyelamat Sawang. Askar itu mendedahkan bahawa dia mabuk dan telah memandu pikapnya untuk menikmati suasana di atas jambatan. Dia kemudian bertemu seorang wanita di atas jambatan dan menggodanya sebelum diminta untuk membuktikan dia seorang askar dengan menerjun ke dalam lombong bagi menunjukkan kemahiran.
Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT