CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tom 'Naik Syeikh' Nyanyi Lagu Rock Sampai Lupa Hamil, Nyaris Tergelincir Gara-Gara Pakai Kasut Tumit Lima Inci

14-11-2023 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5573| Komen: 25

Sarat hamil enam bulan, Tom tergelincir dan nyaris terjatuh ketika membuat persembahan di pentas Famili Duo, Ahad lalu.

Insiden tersebut berpunca daripada kasut tumit tinggi lima inci yang dipakainya.



Foto: IG

“Saya rasa takut. Nasib baiklah tak jatuh. Saya pula pakai kasut tumit tinggi lima inci. Saya memang kena pakai kasut tumit tinggi, kalau tak nampak rendah sahaja, 151 cm,” katanya kepada XTRA.

Akibat terlalu menjiwai karakter, Tom seakan-akan lupa dirinya yang sarat hamil.



Dia mengakui perlu lebih berhati-hati dan mengawal pergerakan agar tidak terlalu lasak.

Baginya, keselamatan dan kesihatan kandungan perlu diutamakan.



“Saya kena lebih berjaga-jaga selepas ini. Tapi itulah, saya kalau buat persembahan, memang tak ingat apa-apa dah, saya lupa yang saya hamil. Doakan saya dapat lepas ke final,” jelasnya.

Dia tidak menolak kemungkinan untuk mengundur diri daripada mengikuti Famili Duo jika berlaku sebarang komplikasi ke atas dirinya kelak.

“Jika ada pendarahan atau sebarang kesakitan, Tom terpaksalah tarik diri. Apa-apa pun kandungan dan kesihatan anak Tom perlu diutamakan,” katanya lagi.



Tom bagaimanapun berharap agar semuanya baik-baik sahaja sepanjang program tersebut dan memohon doa baik netizen supaya dia dan kandungannya selamat.

Persembahan minggu kelima pentas Famili Duo menyaksikan Tom dan Fuad berjaya memukau penonton dan juri sekali gus menobatkan mereka sebagai duo ketiga terbaik mingguan.



Membawakan lagu Rock menerusi tema Idola dan Legenda, pasangan duo suami isteri itu menerima pujian yang baik oleh Mas Idayu dan Ajai.-CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukanyanyi 14-11-2023 04:31 PM
adoiii...bencinya org buat mcmni. org lain yg duk gugur manjang punya takut, dia suka2 je gamble demi persembahan. dah lebih first trimester ke tom ni? so rase selamat la eh.. tp aritu kan penah gugur jgk.. hati2 la.. i suka je couple ni walopun ramai kate kepam. tapi bab ni tumpang seriau la. biar la nampak pendek...comel je kot. safety first, kaka.
Quote makadek 14-11-2023 05:00 PM
Tak siapa peduli.. Lantaklah
Quote anony-mous 14-11-2023 05:02 PM
Xlayak jd mak
Quote stingerbumpy 14-11-2023 05:10 PM
anony-mous replied at 14-11-2023 05:02 PM
Xlayak jd mak


Ko persoalkheun aturan serta percaturan PENCIPTA ko?

NAUZUBILLAH...

Bawak mengucap
Quote aemon 14-11-2023 05:33 PM
Dia kan ketagih nak gi kelab tapi tak boleh due to this pregnancy,apa lagi, ade peluang hilang pertimbangan la.lol sangat kaki cucuk langit sampai ke tua la nmpknye.semoga sempat berubah.
Quote EncikRhoma 14-11-2023 08:39 PM
Tengok gambar ingatkan yg lelaki tu orang bangladesh mana tadi. Tertanya-tanya la dah kenapa pulak pasal warga bangldesh masuk bod gossip artis tempatan? Bila bukak thread, oh fuad rupanya
Quote Piramida 14-11-2023 09:10 PM
Kalau tergelincir pun OK je..
Mendapat lah kan..
Org2 mcm ni, makanan dia bila kena baru sedar baru padan muka.
Dah sarat tu bawak2 lah berkasut sesuai dgn badan. Kan ada nyawa tu yg kena di jaga jugak.
Tak mati pun tak berkasut 5" atas stage tu.
Quote Piramida 14-11-2023 09:12 PM
"... dan memohon doa baik netizen supaya dia dan kandungannya selamat".

Dia yg membahayakan diri sendiri..  Pastu mintak doa kita2 ni.
Quote cupu 14-11-2023 09:23 PM
Harap tom solat la ajak fuad sekali.Jgn tgl solat supaya anak perempuan bercahaya mcm anak fasha tu.Btw,tom fuad mmg xmpak cahaya.Kelam dan kepam.
Quote sharlenetexas 14-11-2023 09:24 PM
Lepas gian nak clubbing ke?


Quote heythere123 14-11-2023 09:48 PM
sheols memang cinta mati ke dekat si fuad tu? dah nak beranak pon gigih lagi naik stage, kena cerca sebab menyondol pon watlek watpis je
Quote selipar_hijau 14-11-2023 09:54 PM
Pastu kitorg nak kene buat apa?
Quote Suchi 14-11-2023 10:06 PM
Kata ni last peluang nk buleh anak pompuan kan?
Quote Dolmat 14-11-2023 10:45 PM
Piramida replied at 14-11-2023 09:12 PM
"... dan memohon doa baik netizen supaya dia dan kandungannya selamat".

Dia yg membahayakan diri se ...


Hahhahaa! Uolls nyer Komen iolls terbayang2 yg menjawab si Fizi!

https://youtube.com/shorts/xhyF_CdwPkA?si=kuYymIJPX0293uEx

Quote Piramida 14-11-2023 11:57 PM
Dolmat replied at 14-11-2023 10:45 PM
Hahhahaa! Uolls nyer Komen iolls terbayang2 yg menjawab si Fizi!

https://youtube.com/shorts/xhyF ...

Hihihi...
Quote AWEKSAMURAI 15-11-2023 03:54 AM
Pakai lah kasut wedges yang tapak sama je tu ala2 kasut spice girl dlu ada je tggi 5 inci tebal baling kepala babi ..babi pun mati ni pakai kasut tumit dh kenapa nenek kebayan weh
Quote wikedsaikel 15-11-2023 05:42 AM
X kesian. Don’t breed la please kalo macam ni.
Quote sukacactus 15-11-2023 05:49 AM
AWEKSAMURAI replied at 15-11-2023 03:54 AM
Pakai lah kasut wedges yang tapak sama je tu ala2 kasut spice girl dlu ada je tggi 5 inci tebal bali ...

Hahahaha...aku terbayang boots KISS dedulu ni
Tebal gila
Quote AWEKSAMURAI 15-11-2023 05:51 AM
sukacactus replied at 15-11-2023 05:49 AM
Hahahaha...aku terbayang boots KISS dedulu ni
Tebal gila

Zaman spice girl dulu aku pun bnyk collections kasit banjir ni

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.075498 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top