Oleh Fyruz Hanna Ramai antara kita tersalah anggap bahawa kanser payudara hanya akan menyerang wanita. Tanggapan tersebut sebenarnya salah kerana lelaki juga berupaya diserang kanser yang membahayakan tersebut. Cameron February, menyedari dirinya menghidapi kanser payudara apabila cecair asing mengalir daripada payudaranya.
"Saya menjalankan aktiviti sihat dan sangat aktif jadi saya tak pernah rasa akan ada masalah. Sehingga saya mengesan ada benjolan di bawah payudara saya." tambah Cameron. Cameron yang berusia 54 tahun itu diberitahu oleh doktor, dia mengidap kanser payudara. Sejak itu kisah hidupnya berubah. Walaupun Cameron kini antara salah seorang survivor, ia menunjukkan kanser payudara ini mampu menyerang bukan sahaja wanita malah lelaki. Peringatan: sentiasa jalankan pemeriksaan secara berkala untuk mengesanan awal. Jangan ambil mudah sebarang tanda-tanda lain pada payudara anda. -CARI Infonet.
|
ADVERTISEMENT