CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nora Ariffin Masih Di ICU Tapi Dah Stabil Dan Tidak Membimbangkan

14-11-2023 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3118| Komen: 2

Datuk Nora Ariffin stabil selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor akibat sesak nafas.

Pengurus Jaja memaklumkan suami Nora iaitu Dr Rushdi Ramli ada berkongsi perkembangan terkini penyanyi itu.


Foto: IG

"Saya belum dapat melawat Datuk lagi tapi mengikut suaminya, dia dalam keadaan stabil dan tidak membimbangkan. Alhamdulillah.

"Saya dimaklumkan Datuk dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu akibat demam panas dan mengalami sesak nafas sekitar pukul 4 pagi Ahad," katanya kepada mStar pada Selasa.


Dalam pada itu, Jaja memaklumkan penyanyi Hanya Satu itu masih lagi ditempatkan di ICU sehinggalah keadaan kesihatannya benar-benar stabil.


Sebelum ini, khabar Nora dimasukkan ke hospital dimaklumkan oleh suaminya dan dikongsi oleh penyanyi Datuk Aishah di laman Instagram pada malam Isnin.


Rushdi dalam mesej berkenaan memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan isterinya itu. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruno_sakura 14-11-2023 02:31 PM
Allahu moga dikurniakan kesembuhan dn dipermudahkan urusan
Quote bankerpencen 14-11-2023 05:13 PM
Ok…….. apa jadi pun sebenarnya aku tak kisah

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.203052 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top