Oleh Izzah Abbasy
Kecoh di laman sosial facebook semalam apabila portal MyNewsHub dan lain-lain memuatnaik mengenai seorang ayah yang tidak mahu berjumpa dengan anak kandungnya setelah mengahwini perempuan lain. Anak kandungnya hanya mahu ayahnya menjadi wali untuk pernikahannya nanti. Namun, ayahnya menyimbah air ke arah mereka dan tidak mahu berjumpa anak-anak. Dipercayai ayahnya telah berubah setelah mengahwini isteri muda yang merupakan seorang janda yang sudahpun mempunyai anak. Ayahnya juga dikatakan telah terkena sihir yang dilakukan oleh isteri baru. Kemudian, anak-anak ini melaungkan takbir dan telah membaca surah Ruqyah di hadapan rumah ayah mereka. Mengapa surah ini dibaca? Untuk apa? Ini adalah penjelasan serba sedikit mengenai surah Ruqyah. Ayat ruqyah ini ialah himpunan ayat al-Quran yang digunakan dalam tujuan perubatan dimana dibacakan kepada orang yang terkena sihir, atau gangguan jin dan ia salah satu daripada himpunan ayat suci Alquran untuk penawar dan menghalau jin. Bukanlah dikatakan ayat-ayat ini mempunyai kuasa menyembuhkan penyakit, Allah jua yang memperkenankan doa kita segalanya. Selepas membaca ayat ini ia dikatakan bahawa akan ada simptom-simptom seperti berikut : 1) Denyutan jantung makin kencang 2) Badan bergegar 3) Ada benda bergerak-gerak bawah kulit 4) Mengantuk/menguap 5) Batuk 6) Gelisah 7) Panas di tengkuk Ayat-ayat Ruqyah boleh digunakan sebagai pendinding dan juga sebagai rawatan sihir. Untuk rawatan sihir, perawat haruslah duduk di belakang pesakit dan meletakkan tangan kanan di atas kepala pesakit. Kemudian baca ayat-ayat Ruqyah di teling kiri pesakit. Antara ayat-ayat Ruqyah ialah ; 1) Surah Al-Fatihah 2) Surah Al-Ikhlas 3) Surah Al-Falaq 4) Surah An-Naas 5) Surah Al-Baqarah Ayat 1-5 6) Surah Al-Baqarah Ayat 255-257 7) Surah Al-Baqarah Ayat 284-286 8) Surah At-Taubah Ayat 14 9) Surah Yunus Ayat 57 10) Surah As-Syuaara’ Ayat 80 11) Surah An-Nahl Ayat 69 12) Surah Al-Israa’ Ayat 82 13) Surah Fussilat Ayat 44 14) Surah Al-Mukminuun Ayat 155-118 15) Surah Al-Hasyr Ayat 21-24 Sumber rujukan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din (Din, H. Ayat-ayat Ruqyah untuk tujuan pengubatan & perlindungan dari sihir. Ikhtiar penyembuhan penyakit dengan ayat-ayat dan doa-doa mustajab. 2edt. Darussyifa. 105-108). - CARI Infonet
|
14
Bagus |
17
Marah |
6
Terkejut |
11
Sedih |
10
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT