CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shila Amzah Dituduh Sengaja Tiru Siti Nordiana Nyanyi Lagu Britney Spears

14-11-2023 09:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3957| Komen: 18

Shila Amzah memilih lagu Baby One More Time pada konsert minggu kelima Famili Duo 3 disebabkan Britney Spears merupakan idolanya.

Shila mendedahkan perkara tersebut selepas dakwaan dia sengaja memilih lagu milik Britney Spears yang turut didendangkan oleh Siti Nordiana pada konsert All Star Gegar Vaganza (GV10).


Foto: IG

“Saya memang minat Spears, sebab memang tema minggu ini ialah idola,” jawabnya ringkas terhadap komen netizen yang mempersoalkan isu pemilihan lagu tersebut.

Tambahnya dia sudah meminati Spears sejak zaman kanak-kanaknya.



“Anda tidak boleh bayangkan bahawa saya sangat meminati Spears dan terlalu suka cara dia membuat persembahan di pentas.

“Hanya Spears yang saya minati sejak zaman kanak-kanak. Syukur saya boleh gerakan tarian signaturnya (persembahan semalam).



“Walaupun ada yang tidak suka namun saya sangat seronok kertika membuat persembahan,” ujarnya.

Meskipun seronok, persembahan Shila dan adik lelakinya, Syahir Amzah bagaimanapun mendapat kritikan ‘pedas’ daripada juri tetap iaitu Mas Idayu.



Mas Idayu berpendapat Syahir tidak mempunyai bakat dalam nyanyian selain kurang memberi impak dalam persembahan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote innocentsangat 14-11-2023 09:46 AM
La. Kalau org lain dh nyanyi, dia takleh nyanyi pulakkkk. Mcm2 la netizen yinni.
Quote IzzahF 14-11-2023 09:51 AM
apa punya pesen baju, tak boleh kembang lg ke
Quote Antifake 14-11-2023 09:55 AM
Kenapa baju dia macam x siap? Yg bhg lipatang belakang tu terkeluar
Quote edoraixora 14-11-2023 09:59 AM
Kata lagu ni senang je, kenapa shila xnak nyanyi lagu2 spears yg lain yg lebih susah..

Gitew aku join ngutuks
Quote alieyrina 14-11-2023 10:17 AM
Baju ka skirt yg kembang betul tu..baju kut
Quote freyayong 14-11-2023 10:24 AM
dah 2x dia nyanyi lagu sama dgn pesera asgv. of course la org ada persepsi lain... btw bykkkkk lg lagu spears yg lain.. kenapa lagu yg sama.. lagu spears yg lain byk lg sedap lah

overprotected
toxic
sometimes
ooppss i did it again
from the bottom of my broken heart
lucky
im not a girl not yet a woman

ha byk lagiiiiiiii
Quote MeowPARSI 14-11-2023 10:28 AM
Mcm pelik tgk baju,, menampakkan dia ter gemuk.. Aduhaii.. Dgn fashion tudung ????‍♀️
Quote Suchi 14-11-2023 10:32 AM
alieyrina replied at 14-11-2023 10:17 AM
Baju ka skirt yg kembang betul tu..baju kut

Skirt kembang sepatutnya pakai ngn baju lebih kuncup. Kalau pakai baju jenis kembang pakai plak skirt A shape mmg nampak gedoboh.
Baju kembang gedoboh sesuai ngn pencil skirt.
Quote laksmanabentan 14-11-2023 10:49 AM
maaf yaa... awat buruk sgt styling baju pink tu..
kain kembang?? sesuai ker??
Quote prince_marhaen 14-11-2023 10:52 AM
stylist shila tekno ni memang style tak ikut bentuk badan client ke apa... always caca marba... dah la shila ni kena betul2 style...muka dia lawa dah... macam tokti lah... style always ke laut..
Quote princessjay 14-11-2023 10:59 AM
ye lagu sometimes tu pn best..or lucky ke..lagu2 lame britney mmg best.. die masih nmpk innocent mase ni..
Quote Burong_Hantuk 14-11-2023 11:26 AM
siap si acik siti nordiana tu????
Quote LadyCarefree 14-11-2023 11:57 AM
freyayong replied at 14-11-2023 09:24 AM
dah 2x dia nyanyi lagu sama dgn pesera asgv. of course la org ada persepsi lain... btw bykkkkk lg la ...

Sbb xleh nyanyi sembarangan lagu kalau empunya stesen xde lesen utk lagu tu didendangkan.
Quote LadyCarefree 14-11-2023 11:58 AM
Suchi replied at 14-11-2023 09:32 AM
Skirt kembang sepatutnya pakai ngn baju lebih kuncup. Kalau pakai baju jenis kembang pakai plak sk ...

Pulak tu dengan tudung nak buat ala ala dua ponytail
Quote woven11 14-11-2023 12:30 PM
Kalao nak tengok baby one more time versi lincah tengok xila.. versi muslimah nengok nana.. Fd ni ko dah tahu show sebelah lagu ni boleh pula ko approve lagu yang same.. dah banyak kali pula tuh
Quote MistrezHermanaz 14-11-2023 12:42 PM
yg sama 2 2 nyanyi pakai skirt kembang, tp yg nana idok ler sekembang shila ni
Quote pilssowe 14-11-2023 12:49 PM
Iols lagi suka version siti nana.biar pon soft2 tp sangat dia punya version.tak de nak tiru2 Britney beria.
Quote doubleharmonic 15-11-2023 09:14 AM
pilssowe replied at 14-11-2023 12:49 PM
Iols lagi suka version siti nana.biar pon soft2 tp sangat dia punya version.tak de nak tiru2 Britney ...

kan chuols. iols pon rasa ok jah nana bawak tapi sapinaz sebok suruh jadi nana spears lah hapo time final nanti dah siap2 suruh jadi beyonce nordiana pulak yihhhh

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.061638 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top