CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kucing Kencing Atas Kepala, Nabila Huda Tak Marah Sebab Faham Dah Tua "Aoki Anak Pertama Sebelum Ada Keisha"

14-11-2023 09:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4958| Komen: 36

Kucing kesayangan kencing atas kepala Nabila Huda ketika dia mahu tidur selepas seharian berada di set penggambaran.

Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 39, berkata, disebabkan itu dia terpaksa mandi buat kali kedua selain mencuci bantal yang terkena air kencing kucingnya iaitu Aoki.


Foto: IG

"Sampai rumah dari set penggambaran pukul 11.30 malam, terus mandi dan baring sebab penat. Lega rasa dapat baring, kita pun ambil mood nak tidur.

"Selepas itu kucing pun naik (atas katil) nak tidur bersama. Tiba-tiba kepala rasa basah, Aoki kencing dekat kepala mak dia! Rambut basah, bantal basah.

"Tak fasal-fasal 12 malam masuk bilik air untuk mandi semula dan kena basuh bantal," katanya di laman X.



Bagaimanapun, Nabila reda dengan kejadian itu memandangkan kucing kesayangannya itu sudah tua dan ia bukan kali pertama berlaku.

"Nasib baik dia sudah atok (tua). Ini kali kedua tau selepas beberapa tahun," jelasnya.


Menerusi hantaran berbeza, Nabila memberitahu Aoki adalah haiwan peliharaan pertama miliknya dan dia sudah membela kucing itu sebelum anak sulungnya Keisha dilahirkan.



"Saya sangat mahukan anak ketika itu dan Aoki adalah anak pertama saya. Kemudian, Keisha ada dalam perut pada tahun berikutnya," katanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanasno 14-11-2023 09:47 AM
kucing iols tak pernah buat perangai kencing merata dalam rumah. kucing iols indoor cat. tak penah sekali berak kencing dalam rumah. sume dia melepaskan dalam potty tray dia. kucing chuols selalu kencing merata ka abilll. dah potong bebird takk
Quote sweetfasha 14-11-2023 09:49 AM
kucing dia tua dah.. normal lah kucing dah tua buat macam macam perangai

beslah abil rileks je kena kencing kucing
Quote twins 14-11-2023 09:59 AM
kucing tua pun ada kenyanyukan mcm manusia.  sebab tu abil tak marah aoki tu.  sy pun ada kucing tua kat rumah dah mmg dah nyanyuk... bila nak kencing dia selamber jer kencing kat dalam sinki, atas stove (sejuk) walhal litter box dia kat bawah jer.. dan kadang2 dia berak kat tempat dia tidor.. tidor atas muntah dia... masa sebelum nyanyuk  dia mmg manja & baik perangai... so..kena terima la lumrah alam sbb umur dah lanjut... bagus abil faham... ramai jer org yg buang pets dorang bila dah tua...
Quote twins 14-11-2023 10:01 AM
nanasno replied at 14-11-2023 09:47 AM
kucing iols tak pernah buat perangai kencing merata dalam rumah. kucing iols indoor cat. tak penah s ...

tengah muda ok la.... tp kalau dah tua umur dah lebih 15 tahun dah nyanyuk jangan la di abai pulak...
kesian dia nanti tak boleh nak survive kat luar....
Quote ketupatnasi 14-11-2023 10:04 AM
kalau kucing ni lahir sebelum anak dia, memang dah tua nau nau usianya. syukor belum lagi nyanyuk, tak mampu berjalan, makan minum, bernafas pun menggigil2....
Quote jlo 14-11-2023 10:06 AM
hanya pencinta kucen memahami..
potty ada..tapi tetapppp dia di sofa mancut nye ....
Quote prizadane 14-11-2023 10:08 AM
Kucing aku dulu pun masa kecik n muda, tak pernah buat hal. Sampai la umur dia dah 14 tahun… start gigi luruh. Kadang terkencing masa tidur. Bukan disengajakan. Nak marah pun tak sampai hati sebab dah macam anak sendiri. Bukannya dia saja diri n pancut merata
Quote prizadane 14-11-2023 10:10 AM
twins replied at 14-11-2023 09:59 AM
kucing tua pun ada kenyanyukan mcm manusia.  sebab tu abil tak marah aoki tu.  sy pun ada kucing tua ...

Betul! Kesian kan? Iols pernah adopt seekor kucing ni from tepi jalan. Bawa pergi vet, doc kata gigi banyak dah takde n rasanya kucing tu dah tua, maybe around 16tahun. Kesian okay. Penuh kutu dah badan dia… buat lion cut… iols letak dia dalam cage. Tapi tu lah, hayat dia tak lama. Dalam 3 bulan je iols jaga dia… dia mati
Quote TomyamPuteh 14-11-2023 10:13 AM
Kalau Amy Search yg kencing atas kepala dia nanti Agak2 dia nk Marah ke tak? Dia ni mulut blh tahan gak ni.
Quote Kancilkering 14-11-2023 10:16 AM
kawan ai bela British short hair dia pun ada pengalaman yg sama dengan nabila ni..padahal dia berbelas turkish angora x dek lah buat perangai….
Quote ketupatnasi 14-11-2023 10:17 AM
prizadane replied at 14-11-2023 10:08 AM
Kucing aku dulu pun masa kecik n muda, tak pernah buat hal. Sampai la umur dia dah 14 tahun… start  ...


semoga uols sentiasa dilimpahi kasih sayang
Quote emma.giggs 14-11-2023 10:18 AM
Baru betul pencinta kucing...bgus...
Sb tu aku x nk bela kucing, pikir bila tua nti..
Ada kucing jiran aku ni suka mtk mkn, aku ok je tp tak tahan dgr suara dia ngiau kuat x berenti...kdang2 aku halau makin kuat suara dia, marah kita balik...mmg aku hambat balik huhh
Quote syamzana 14-11-2023 10:25 AM
arwah kucing iols dulu pun ada peel nyanyuk tp tak la berak kencing merata tp sejenis lupa nak masuk tido port dia dan lupa makan
masa umur dia 13thn dah start lupa. port makan kat lain dia p cari tmpt lain pastu dok meow meow, anak iols selalu bawakkan dia makan serupa semgu tak makan
tmpt tido pun blh lupa kdg2 smpai terbongkang depan umah dia tak jmp cari pdhal punya la beso box dia tido tu, kdg2 tertido atas tangga (umah dia 2tgkat) penat sgt kot cari tak jmp. bila anak iols alihkan ke box nmpk la mcm dia berterima kasih nau boh dia situ
arwah bella mati masuk thn ke 14 sakit tua, vet pun suh bawa blk belai elok2 sbb dah uzur sgt
Quote prettyuglybabe 14-11-2023 10:27 AM
sebab i takut nak lepas kucing merata dalam rumah..
biar je la dalam bilik mereka..
Quote twins 14-11-2023 10:29 AM
kucing family sy yg paling lama kami pernah bela sampai umur lebih 20 tahun.  masa kecik, muda remaja bukan main comel... tapi bila dah tua badan pun dah kusut masai, mata dah rabun... gigi pun dah tak ada kena bagi makan wet food, hat keras memang dia tak mampu nak kunyah.. mati masa dalam tidur.. kiranya kitaran hidup mcm kita manusia jugak laaaa....
Quote marchikobonzo 14-11-2023 10:39 AM
Kucing aku masa dia 15 tahun tu mula dia buat nyanyuk, terkencing kat carpet, tak sempat nak p toilet..kesian..mati pun sebab breast cancer
Quote stingerbumpy 14-11-2023 10:43 AM
Kucing yg sama yg dipaksa shium dan jilat tiaknyer kheunz? Mana tak mabuk ...harus ler dikencingkheun atas kepalanyer
Quote Burong_Hantuk 14-11-2023 10:55 AM
Quote nanasno 14-11-2023 11:14 AM
prizadane replied at 14-11-2023 10:08 AM
Kucing aku dulu pun masa kecik n muda, tak pernah buat hal. Sampai la umur dia dah 14 tahun… start  ...

alaa siann. semoga mudah la chuols nak jaga dia.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.044052 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top