CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nora Ariffin Dimasukkan Ke ICU Akibat Sesak Nafas

13-11-2023 10:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10034| Komen: 56

Penyanyi Datuk Nora Ariffin kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor akibat sesak nafas.

Berita itu dikongsi sendiri oleh suami Nora iaitu Dr Rushdi Ramli yang kemudiannya dikongsi oleh penyanyi Datuk Aishah di Instagram miliknya pada malam Isnin.



Rushdi dalam mesej berkenaan memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan isterinya itu.

"Nora masuk ICU hospital KPJ Kajang kerana sesak nafas. Mohon doa ikhlas dari semua," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu janji Manismu itu turut terkejut menerima berita tersebut dan mendoakan agar Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 50, diberikan kesembuhan.

"Allahuakbar adikku Nora... Mari kita panjatkan doa semoga memperoleh kesembuhan," katanya.

Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Aishah dan pengurus Nora berhubung keadaan terkininya tidak berjaya apabila panggilan telefon yang dibuat tidak dijawab.



Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ashna21 13-11-2023 10:10 PM
Semoga cepat sembuh
Quote matjerk 13-11-2023 10:42 PM
Semoga cepat sembuh. Dan nak cakap muka akak  ni, mcm kwn saya.
Quote TerataiMelur02 13-11-2023 11:41 PM
Semoga cepat sembuh hendaknya
Quote doubleA 14-11-2023 12:17 AM
Semoga dipermudahkan urusan
Quote Catpaw 14-11-2023 12:40 AM
Sheola baya cik ta ke, ingatkan lagi tua.
semoga cepat sembuh acik
Quote pocongkiutss 14-11-2023 12:47 AM
Oke makcik..mintak le maap siap2 kat akak madu tu
Quote sleepandream 14-11-2023 12:58 AM
innalillah...
Quote LoveSungmin 14-11-2023 02:09 AM
kosser nak doakan perampas
Quote Sekaisilver 14-11-2023 02:47 AM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote downiey 14-11-2023 02:58 AM
semoga cpt sembuh
Quote Lentera 14-11-2023 03:01 AM
LoveSungmin replied at 14-11-2023 02:09 AM
kosser nak doakan perampas

Sokong chuols! Instead aku nak doakan utk madu acik nora. Semoga beliau baik2 aje
Quote winky1 14-11-2023 03:01 AM
Buat B juga ni. Semoga semboh. Aamiin.
Quote SANKURIANG 14-11-2023 05:07 AM
Dia ada asthma kan, tu sebab sesak nafas. Dia ni tinggal kat Kajang ke? Or dok di Bangi?
Quote rosmahisham 14-11-2023 05:54 AM
Nora ni ada lagu janji manismu ke..bkn ke tu lagu aishah..wartawan pon main hentam je
Quote miss_strangers 14-11-2023 06:03 AM
Aku cuma nak doakan akak madu kepada Nora baik 2 saje dan anak2 tiri Nora dimudahkan urusan.
Quote wikedsaikel 14-11-2023 06:09 AM
Aku malas sebenarnya nk doakan bini bernombor selain bini tua ni. Yg elok elok je la. Aaaameen.
Quote cap_ayam 14-11-2023 06:11 AM
Kesian anak perempuan nora .. kecik2 lagi.. nasib ada juga abang kandung. Tapi keluarga isteri pertama Dr orang baik2. Semoga Allah beri yang terbaik, sama ada sihat atau sebaliknya.
Quote ashilalat 14-11-2023 06:38 AM
rosmahisham replied at 14-11-2023 05:54 AM
Nora ni ada lagu janji manismu ke..bkn ke tu lagu aishah..wartawan pon main hentam je

Reputz dalam ayat tu petik Aishah yg terkejut dgr Nora masuk sepital dan doakan yg terbaik. Takkan nora pulak yg terkejut dan doakan diri dia plak

Cuma reputz bodo ni mula² citer pasal Aishah, pastu citer laki Nora. Balik ke Aishah xde connection pon dgn cerita Aishah kat atas td
Quote Piramida 14-11-2023 07:05 AM
Begitulah ya artis, memohon doa org ramai. Kalau tak... Emphmm.

Moga cepat sembuh.

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.240527 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top