CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"I Said Yes" - Nabila Razali Kongsi Gambar Dilamar Teman Lelaki

13-11-2023 09:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 11002| Komen: 56

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali berkongsi gambar dilamar oleh teman lelakinya sekali gus mengesahkan hubungannya dengan Nik Iruwan Nik Izani.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik gambar dia dilamar Iruwan bersama lagu latar dipercayai akan dilancarkan tidak lama lagi berjudul New Chapter.



"I said yes," tulisnya ringkas pada bahagian kapsyen foto berkenaan.

Terdahulu, timbul desas-desus mendakwa penyanyi lagu Peluang Kedua itu bakal mendirikan rumah tangga pada hari ulang tahun kelahirannya iaitu 13 November (hari ini).

Pun begitu, Nabila hanya memuat naik foto memaklumkan dia sudah menerima lamaran Iruwan.

Sementara itu, menerusi perkongsian foto sama di IG Iruwan, lelaki itu menulis kapsyen puitis yang ditulis oleh Presiden Republik Indonesia yang ketiga, Baharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie.


“Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.” tulisnya.

Ruangan komen Nabila dan Iruwan turut dihujani dengan ucapan tahniah dari sahabat dan 'followers' mereka.

Sekitar Ogos lalu, kecoh Nabila dan Iruwan sudah mengikat tali pertunagan namun penyanyi itu enggan mengesahkan perkara tersebut.

Menerusi temu bual bersama mStar, Nabila juga memberitahu cincin di jari manis yang dikatakan tanda sudah bertunang adalah sekadar aksesori biasa.

Tambah Nabila, dia lebih selesa untuk tidak berkongsi kisah peribadi demi menhormati keluarga kedua-dua belah pihak dan akan berkongsi perkara itu apabila sudah bersedia.

Pada 25 Oktober lalu, Nabila teruja memberitahu dia sedang membilang hari seolah-olah memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakominami 13-11-2023 09:46 PM
Dah agak dah gimik lagu baru
Quote menjad 13-11-2023 09:56 PM
Ewwwwww siap pegang tangan
Quote Kancilkering 13-11-2023 10:00 PM
kotakominami replied at 13-11-2023 09:46 PM
Dah agak dah gimik lagu baru

dia ngan hajah terpaling sama je…cuma dia nye gimik classy sket…
hajah nye dengar leh percaya jangan…
Quote imanda 13-11-2023 10:17 PM
apoooo dilamar pakai baju belang2 gitu
Quote bungarose 13-11-2023 10:27 PM
Kalau bethol gimik
Memang (×*=€€÷×¥
Quote auntyonion 13-11-2023 10:42 PM
Mksudnyer nab memg xtaw akn diproposed ke that day..pkai baju belang2 je
Quote matjerk 13-11-2023 10:44 PM
Cuma nak ckp, rumah hang lawa la nab. Aku tgk kat yiotube
Quote lotionmilo 13-11-2023 11:38 PM
Edited by lotionmilo at 14-11-2023 01:45 AM

All the best bella.banyakkan bersabar iyaaa

Short guy gitulaah
Quote katakauu 14-11-2023 12:03 AM
pegang tgn??? so die better dr wanihasriti la kannn
aduiiiii
Quote MeowPARSI 14-11-2023 12:19 AM
Uyohh,, exclusive betuiii majlis ko yer nab,, happy for u,, mmg afdal jaga kehendak kedua belah family...
Quote pocongkiutss 14-11-2023 12:51 AM
Tunang dia ni dulu pernah dgn zahirah kan..tp dia gambar dgn zahirah mcm tak padan langsung..dgn kak nab mgkin sbb dh makeover ok skitlah
Quote dua_chzy 14-11-2023 01:07 AM
Amboi Nabilaaaa bestnya hidup uols! Am happy for you!
Quote dua_chzy 14-11-2023 01:08 AM
Eh choi, gimik ke?!
Quote merah_arjuna 14-11-2023 03:10 AM
Bida'ah je nab ni
Quote Lentera 14-11-2023 03:11 AM
Congratssss! Umur dah 31, selayaknya la kawen. Kalau lambat nanti jadi andartu pulokkkk
Quote CurangLagi 14-11-2023 03:50 AM
So gimik lagu baru ka apa ni? Jilakee kalau gimik. Hahahaa
Quote anony-mous 14-11-2023 04:11 AM
Gimik ke x? Laki tu yg gosip laki org ke bkn?
Quote n3ar 14-11-2023 05:38 AM
memang SSKJP bila dah ada nama suka membudayakan kapir amerika ke...

dari pounder makeup timbang kilo pun sama, duit buat g cuti g krabi pakai bikini...balik klate tutup balik badan pakai sarong nangka..

hok laki plak terpaling mat saleh propose siap menunduk..
Quote zuriey 14-11-2023 06:32 AM
Boleh ke nab masuk dgn circle laki ni
Harap baik2 je la nab
i suka je nab berlakon

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.062330 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top