CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jamal Abdillah Tak Rancang Tambah Anak, Osama Yamani Kata Cukuplah...

13-11-2023 09:22 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2908| Komen: 9

Kenyataan Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah baru-baru ini mengenai dirinya yang tidak mahu merancang untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat menerima reaksi daripada anak sulungnya, Osama Yamani.


Menerusi perkongsian di IG Story, katanya, bilangan anak yang ada sudah cukup dan meminta ayahnya untuk menunggu cucu kelak.


"Udah-udah le tu baba. Tunggu la cucu pulak Baba.

"Udah-udah le tu. Cukuplah yang dah ada ni," tulisnya.

Terdahulu, Jamal menyatakan bahawa dia tidak sanggup melihat isterinya yang bertungkus lumus menguruskan anak-anak biarpun turut dibantu oleh pembantu rumah.

Sekadar info, Jamal Abdillah mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani, dan Iskandar Rayyan Yamani yang dilahirkan pada 22 Februari 2022.

Jamal juga mempunyai dua cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, dan Ahmad Zaki Yamani.



Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asfaz 13-11-2023 09:26 PM
Edited by asfaz at 13-11-2023 09:42 PM

Sokong anak dia. Udahlerr. Kesian kat perut bini tu. Berturut2 kena belah
Quote faraway1 13-11-2023 10:28 PM
Kang bapak meninggal harap bukan abang kena sara adik adik yang ramai
Quote Antifake 13-11-2023 11:06 PM
Pening kepala yang sulung uruskan adik beradik
Quote shernazz 14-11-2023 05:11 AM
Anak dia dgn ezati tu berapa
Bukan 4 ke?
Quote beni_nikaido 14-11-2023 11:01 AM
betul...tunggu cucu je la
Quote adeqbun 14-11-2023 11:12 AM
bini pon jgn le bodo..p la pasang implan ke atau ape ptt..jgn harap pil je
Quote Burong_Hantuk 14-11-2023 11:16 AM
      
Quote Sazreena 14-11-2023 06:15 PM
Besok anak sekolah, ingat senang ke nak tolong buat hw. Silibus makin mencabar. Belum lagi nak buat projek PBD itu ini. Nak harapkan bini, mau murung dia tak lama lagi.
Quote woven11 14-11-2023 06:29 PM
Malu anak yng tego bapak.. umo mak tiri pun sama baye dgn yamani agaknyer

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.064583 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top