Penyanyi As'ad Motawh mendedahkan pernah berjalan kaki sejauh enam kilometer demi menghadiri pertunjukan fesyen di Pavilion Kuala Lumpur sebelum bergelar artis. As'ad atau As'ad Ahmad Mohammad Motawh, 22, berkata, dia memilih berjalan kaki kerana hanya mempunyai wang sebanyak RM5 dan mengambil masa dua jam untuk sampai ke pusat beli-belah itu dari rumahnya di Desa Pandan, Kuala Lumpur.
"Sebelum bergelar penyanyi saya dijemput menghadiri ke Kuala Lumpur Fashion Week. Saya ada RM5 dalam poket dan fikir macam mana hendak ke sana sebab saya duduk dekat Desa Pandan. "Jadi saya berjalan kaki dari Desa Pandan ke Pavilion demi menghadiri pertunjukan itu. Dua jam saya berjalan kaki. "Saya pakai 'comel-comel' nampak macam gaya seorang pempengaruh dan saya sampai sejam awal dekat sana," katanya.
|
antidote replied at 13-11-2023 07:34 PM
Dia ni anak tunggal ke. Takde adik beradik ke mcm mana. Betui ke jln kaki dari desa pandan ke pavi? ...
LadyCarefree replied at 13-11-2023 08:42 PM
Ni mak dia. Dato Yus.
https://instagram.com/yjaldjabbar?igshid=NzZlODBkYWE4Ng==
shernazz replied at 13-11-2023 09:22 PM
Cite MCM Ni Anak tiri tokti n bininya tya dah kutip dulu...
sharlenetexas replied at 13-11-2023 10:27 PM
Ada seploh hinggit.
Mustahil xde debit, credit card semua tu.
Touch n go. Naik grab guna grabpay. ...
ADVERTISEMENT