CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Payah Bertanding Siapa Terpaling Palestin - Azhan Rani

13-11-2023 03:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2116| Komen: 3

Pelakon Azhan Rani menyelar sikap menyedihkan segelintir individu yang sanggup bertelagah sesama sendiri semata-mata mahu mendabik dada kononnya merekalah ‘pejuang’ Palestin nombor satu.

Katanya, dalam usaha solidariti kepada saudara seagama di Gaza sepatutnya semua pihak bersatu padu, bukan berpecah belah atau saling berebut siapa paling lantang bersuara.



“Mulai hari esok, tak payahlah lagi bertanding siapa yang ‘terpaling’ Palestin. Setiap pendoa buat mereka di sana adalah pejuang. Insya-Allah, walau kita tak mampu ke medan tempur.

“Tidak kisahlah ahli politik mahu pun kita rakyat biasa, tak perlulah caci mencaci, remeh meremehkan, ejek mengejek, berkasar bahasa menunjukkan siapa yang ‘terpaling’ pejuang. Kita semua di sini sahaja.

“Sokong mana yang bagus dengan akal dan budi kita. Yang kita rasa tak okey tu, kita doakan perlahan-lahan untuk mereka bersama mengangkat kalimat Allah.


“Macam mana nak menang, belum bertempur, kita dah berpecah,” katanya dalam perkongsian Instagram.


Menerusi hantaran sama, pelakon Nur itu turut meminta maaf apabila terpaksa meluahkan pandangan tersebut panjang lebar sebagai peringatan buat semua pihak.

Malah Azhan tidak ketinggalan menzahirkan rasa kagum terhadap keberanian tentera Al-Qassam yang dilihat tidak gentar berjuang membebaskan Palestin daripada kezaliman Zionis.

“Serius, saya kagum dengan mereka. Walau tak pakai helmet perang canggih kalis pelurus, dengan serban litup muka sahaja, mereka ini lebih menggerunkan dan nampak benar-benar pejuang,” ulasnya.


Aktor berusia 47 tahun itu juga meminta semua pihak agar kembali kepada niat membantu, sekali gus mengubah mentaliti yang lebih positif.

“Doalah sama-sama, kita usaha berubah jadi lebih baik berbanding hari ini dan semalam,” katanya ringkas.


Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oggy 14-11-2023 01:59 AM
Tolong cakap kuat2 sikit kat depan Mamu dan aciklense buntang
Quote amarakasih 14-11-2023 10:23 AM
Saya sokong
Quote jemahjacjon 14-11-2023 11:06 AM
Mirul fendi tu pun kawan hang jugak kn? Boleh la basuh skali

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.144900 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top