CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nordiana Berani Bersumpah Tak Guna Ilmu Hitam Untuk Kekal Dalam ASGV

13-11-2023 02:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 13512| Komen: 128

Dituduh guna ilmu hitam untuk terus kekal dalam All Star Gegar Vaganza (ASGV), penyanyi, Siti Nordiana tampil menafikan perkara tersebut.

Nana atau Siti Nordiana Alias, 39, menegaskan dia tidak pernah terfikir untuk melakukan perbuatan terkutuk itu sepanjang hidupnya.



"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan saya guna ilmu hitam. Nauzubillah!

"Saya berani bersumpah yang memang tidak pernah terdetik dalam diri saya untuk  gunakan ilmu hitam seperti didakwa," katanya.


Nana menganggap tuduhan tersebut tidak berasas dan mencabar individu berkenaan untuk menunjukkan bukti.

Dia juga turut meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila difitnah selain tertanya-tanya kesalahannya hingga ada pihak yang tergamak menuduhnyan seperti itu.

"Saya lihat sekarang ini ramai orang tulis di media sosial perkara tidak benar mengenai saya. Bagi saya, perkara ini perlu dihentikan.

"Kalau dia ada bukti, sila tunjukkan. Kalau tiada, itu sudah jatuh fitnah.

"Tuduhan saya guna ilmu hitam itu tidak logik sebab saya berada di kedudukan bawah dan bukannya tiga teratas," ujar Nana.

Dalam pada itu, Nana memaafkan individu tersebut namun menggesa agar hantara tersebut dihapuskan dengan kadar segera.

Sekiranya individu berkenaan berdegil, Nana tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 13-11-2023 03:10 PM
Memang ada netizen yg gila merepek pemfitnah tanpa asas macam tu. Kat porem pun ada.
Quote likilu 13-11-2023 03:13 PM
Edited by likilu at 13-11-2023 03:41 PM

Sesuatu sgt cara jawab
Quote woven11 13-11-2023 03:35 PM
likilu replied at 13-11-2023 03:13 PM
Sesuatu sgt cara jawab
Org xberani la saja saja fitnah dia sbb tahu kwn sendiri pun dia gi saman ber ...

Melampau tuduhan ko ni
Quote Nozot 13-11-2023 03:37 PM
Taksub pada penyanyi lain pun jangan la dok merepek meraban pasal artis lain. Tak faham betul.
Quote Nozot 13-11-2023 03:38 PM
likilu replied at 13-11-2023 03:13 PM
Sesuatu sgt cara jawab
Org xberani la saja saja fitnah dia sbb tahu kwn sendiri pun dia gi saman ber ...

Oitt...bahaya sangat tuduhan nie..
Quote GegarVaganja 13-11-2023 03:38 PM
Ilmu hitam apo.
Persembahan rupa itu je Ganja tgk.
Xyah risau Nana, chuolls xnafikan pun, Ganja yakin chuolls xpakai ilmu hitam.

Quote Wek_omeh2 13-11-2023 03:39 PM
Teringat kes kak mitch dolu2 pon ada yg cakap guna mak esah. Bila kak mitch nak saman terus buat live minta maaf
Quote izat123 13-11-2023 03:39 PM
likilu replied at 13-11-2023 03:13 PM
Sesuatu sgt cara jawab
Org xberani la saja saja fitnah dia sbb tahu kwn sendiri pun dia gi saman ber ...

Kau ni gila ke? Kalau gila pergi makan ubat jangan main forum.
Quote cikperiukkera 13-11-2023 03:46 PM
Wek_omeh2 replied at 13-11-2023 03:39 PM
Teringat kes kak mitch dolu2 pon ada yg cakap guna mak esah. Bila kak mitch nak saman terus buat liv ...

Tgk2 yg fitnah geng2 ponen lorong…buat malu jer. Harap ct nana buat tindakan mcmni jugak nk tgk siapa yg tabur fitnah tu.?
Quote slyfynx 13-11-2023 03:58 PM

Aik, dah edit ke?
Quote a5h91 13-11-2023 04:01 PM
Edited by a5h91 at 13-11-2023 04:24 PM
likilu replied at 13-11-2023 03:13 PM
Sesuatu sgt cara jawab

penakut jugak r mu ni kn. asal edit?
Quote bendera 13-11-2023 04:01 PM
adakah geng berlima tu yg buat fake account? gilaa...
Quote Adeakukesah11 13-11-2023 04:11 PM
likilu replied at 13-11-2023 03:13 PM
Sesuatu sgt cara jawab

Lahhhhh asal edit?
Quote doubleA 13-11-2023 04:13 PM
Aiyoo tak terfikir dek akal nak tuduh nana gitu. Pertandingan je pun motip sentap sgt netizen puaka mana ni
Quote miznora 13-11-2023 04:14 PM
Nana takyah bazir duit.. Mak aku tetap suka mcmn pun nana nyanyi. Yang juri kata sedap pun mak aku tak layan
Quote ketupatnasi 13-11-2023 04:15 PM
Sape la tade kije cari kije
Quote Mamason 13-11-2023 04:18 PM
Ya Allah.. sampai begitu sekali depa tuduh?  Percayalah pada konsep rezeki sama... teruk nya laa depa ni.  Adehh.. xleh hadam betul!
Quote malaysiaku123 13-11-2023 04:19 PM
Dengki masing2 nana jd kesayangan tokram n ASTRO.. dia tu sweet baik..peminat ramai..sebab tu la manjang performance last skli org bg..save the last Sbb favourite even nyanyi biasa2 ja..
Quote Skyline_84 13-11-2023 04:23 PM
punya baik si nana ni sape la yg trgamak la fitnah dia nie...iols masih ingat lgi dia kata dia tak sikit pun dendam dkat arwah laki dia masa laki dia kawen lain..siap ckp lgi dia sntiasa cintakan arwah..sedih gak la baca coretan beliau dlu

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.077692 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top