|
‘Syahir, selepas habis pertandingan, menyanyi bukan kerjaya awak’. Demikian komen juri tetap Famili Duo musim tiga (FD3), Mas Idayu yang tidak berpuas hati dengan persembahan Syahir Amzah pada konsert minggu kelima, malam ini.
Kata Mas Idayu, nyanyian Syahir malam ini seperti menggagalkan keseluruhan persembahan, malah hanya bergantung kepada kekuatan Shila. “Shila memang bagus, tapi saya tengok awak macam menguasai satu pentas sendirian. “Masuk sahaja Syahir, tempo dah salah, jujurnya bila tengok Shahir saya kesian kepada Shila,” jelasnya. Senada dengan Mas Idayu, Ajai yang juga juri berpendapat Syahir tidak mempunyai bakat dalam nyanyian atau sehebat kakaknya. “Memang jelas nampak macam Shila menguasai. Syahir sepatutnya kena tambah energi untuk setara dengan kakak awak,” komen Ajai. Mereka membawakan lagu Baby One More Time nyanyian asal Britney Spears selain Beat It (Michael Jackson) mengikut tema Idola/Lagenda. Usai komen juri, pengacara Janna bertanyakan sama ada Shila menyesal memilih Syahir sebagai rakan duo, namun penyanyi iti menegaskan FD3 adalah pengenalan kepada adiknya dalam bidang nyanyian. “Saya tidak menyesal, pentas ini adalah ‘exposure’ untuknya, kami akan berusaha sehabis baik, mungkin setiap kemampuan orang itu berbeza,” ujar Shila. Beberapa minggu terawal FD3, pemilik nama sebenar Amir Syahir yang berpasangan dengan kakaknya, Shila Amzah itu kerap ditegur juri. FD3 yang bermula sejak 15 Oktober lalu disertai enam pasangan duo yang mempunyai pertalian saudara atau suami isteri dengan menawarkan RM100,000 untuk juara keseluruhan. Sumber: HibGlam
|

imransulaiman replied at 13-11-2023 03:31 PM
Aku rasa dorang ni perlu pilih lagu yang sesuai. Tengok macam Ryan & Adam tu.. Dorang pilih lagu yan ...
AWEKSAMURAI replied at 13-11-2023 03:10 PM
Abeh melati dgn sharif tu ada bakat sangat ke?? Ke laut jgak nyanyi .. senang citer mas idayu mmg x ...
sukebintang replied at 13-11-2023 11:13 PM
kalau ikut komen juri. dua dua selalu puji shila. dorang kata shila punya present atas stage tu ku ...
AWEKSAMURAI replied at 13-11-2023 03:10 PM
Abeh melati dgn sharif tu ada bakat sangat ke?? Ke laut jgak nyanyi .. senang citer mas idayu mmg x ...
Joysparta replied at 14-11-2023 12:17 AM
Rasa syahir tak.berbakat cam kakak dia...
Joysparta replied at 14-11-2023 12:17 AM
Terpaling IBu. ..tp in real situation family xila yg toxic..bukan Xila...
AWEKSAMURAI replied at 13-11-2023 03:10 PM
Abeh melati dgn sharif tu ada bakat sangat ke?? Ke laut jgak nyanyi .. senang citer mas idayu mmg x ...



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.115136 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.