|
Penyanyi Adira Suhaimi sedar penampilannya pada konsert Famili Duo musim ketiga (FD3) pada malam Ahad menjadi bualan ramai apabila ramai mengecam pakaian digayakan kononnya menampakkan puting payudaranya.
Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, bagaimanapun menjelaskan ia sebenarnya adalah garisan jahitan pada bahagian dada pakaian berwarna kelabu cair tersebut yang diperbuat daripada fabrik PVC. "Tengoklah benda lain, yang tengok benda itu kenapa? Takkanlah kita biar 'benda' itu terkeluar macam itu! Ini fabrik PVC. "Benda pun dah post, nak buat macam mana. Dia yang tengok, dia pula susah hati, kan? Saya mengaku kekurangan itu mungkin ada tapi saya suka baju ini, cantik," katanya. Adira berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas konsert minggu kelima FD3 yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam. Dalam pada itu, Adira berkata, dia langsung tidak menyedari tentang bonjolan seperti didakwa kerana sedia maklum material pakaian berkenaan yang agak keras dan menimbulkan kesan jahitan.
|
orkid_amani replied at 13-11-2023 02:05 PM
Kenapa gaya tudung dia mcm paderi pmpuan yaa?
exclusive_vvip replied at 13-11-2023 02:38 PM
Kannnn..mata iols pun nampak camtu
katanya kalau xmampu nk tutop aurat elok2 sekurang2nya tak perlu la pakai serkup mcm padari..gitu acik tu tegoq bbnu sambil pebetul tudung parida


awenda507 replied at 13-11-2023 07:25 PM
Aku tgk nmpk jelas nipple. Tp klu dh dia nafikan aku iyekan jela

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.057488 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.