CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Meerqeen ‘Angkat’ Mercedes-Benz Cecah RM1.7 Juta

12-11-2023 06:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 22940| Komen: 147

Pelakon Meerqeen mencapai satu lagi kejayaan peribadi apabila berjaya membeli sebuah kenderaan pacuan empat roda berjenama mewah jenis Mercedes-Benz model G-Class (G-Wagon) yang bernilai sekitar RM1.3 hingga RM1.4 juta seunit.


Menerusi hantaran yang dimuat naik Meerqeen atau nama lengkapnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam dalam InstaStory miliknya, pelakon muda berusia 22 tahun itu mempamerkan kunci kereta tersebut selain sebuah video sedang memandu kenderaan terbaharunya itu.


“Alhamdulillah Ya Allah. Satu lagi pencapaian telah dibuat. Syukur,” tulisnya.

Dalam perkongsian berbeza yang dimuat naik Meerqeen dalam aplikasi X, pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu berkongsi sekeping foto sedang bergambar dengan kereta berwarna hitam itu.

Menjengah ruangan komen, ramai pengikutnya turut tumpang gembira atas kejayaan pelakon muda itu dan mendoakan agar Meerqeen sentiasa dimurahkan rezeki atas kerja kerasnya selama ini.


“Alhamdulillah. Rezeki yang Allah SWT kurniakan atas setiap kesusahan, kesabaran, kesedihan dan pengorbanan yang dilakukan,” ujar seorang peminatnya.

“Tahniah Meerqeen. Semoga Allah SWT permudahkan setiap urusan awak dan diberikan kebaikan di dunia dan di akhirat,” kata seorang lagi pengikutnya.


Hasil semakan dalam laman web rasmi Mercedes-Benz Malaysia mendapati, harga bagi seunit kenderaan ‘super sport’ yang dikilangkan di Magna Steyr, Austria itu bernilai antara RM1.3 juta hingga RM1.7 juta seunit.

Pada Mei lalu, Meerqeen telah membeli kereta pertamanya pada usia 22 tahun iaitu kenderaan jenis Mitsubishi Triton.


Sumber: HibGlam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketupatnasi 12-11-2023 06:20 PM
Tahniah! Ni tanak siasat ke sape MG heols
Quote Binderclips 12-11-2023 06:24 PM
Ni mesti nk tunjuk pada netizen yg selalu ckp dia xde level
Quote wikedsaikel 12-11-2023 06:32 PM
ketupatnasi replied at 12-11-2023 06:20 PM
Tahniah! Ni tanak siasat ke sape MG heols

Huhuhu. La ni bg pon bolehhh. Tapi aku nk sangka baik. Dia sambung bayar. Heheh
Quote I.K.A888990 12-11-2023 06:44 PM
bagus la tahniah
kumpul lagi byk aset muda mudi ni haaa
Quote jemahjacjon 12-11-2023 06:48 PM
Lepas tgok citer nenek bongkok tiga, hun haqeem lgi sedap berlakon dari dia ni
Quote Binderclips 12-11-2023 06:52 PM
jemahjacjon replied at 12-11-2023 06:48 PM
Lepas tgok citer nenek bongkok tiga, hun haqeem lgi sedap berlakon dari dia ni

Of coz.. sbb tu hun haqeem jd hero
Quote Nurkaseh01 12-11-2023 06:57 PM
jemahjacjon replied at 12-11-2023 06:48 PM
Lepas tgok citer nenek bongkok tiga, hun haqeem lgi sedap berlakon dari dia ni

And hun pun lagi hensem dari dia
Quote hasniey 12-11-2023 06:59 PM
jemahjacjon replied at 12-11-2023 06:48 PM
Lepas tgok citer nenek bongkok tiga, hun haqeem lgi sedap berlakon dari dia ni

Hun brlakon best tp sebutan xjelas.geram kdg2 nk dgr apa dia sebut
Tp dlm bongkok 3 mmg mnjadi lakonan hun.xsia2 jd hero
Quote Nurkaseh01 12-11-2023 07:02 PM
Tahniah memek
Quote mojarean_X 12-11-2023 07:10 PM
I.K.A888990 replied at 12-11-2023 06:44 PM
bagus la tahniah
kumpul lagi byk aset muda mudi ni haaa

Aset ke ni?
Quote pocongkiutss 12-11-2023 07:12 PM
Org yg shallow minded je anggap beli kereta mewah tu satu pencapaian
Quote Pak.dolla 12-11-2023 07:20 PM
dua² tak hensem...
sorang tu pekat muka borneo...
yg ni pekat muka jawe...

Quote MINNIElove 12-11-2023 07:22 PM
jemahjacjon replied at 12-11-2023 06:48 PM
Lepas tgok citer nenek bongkok tiga, hun haqeem lgi sedap berlakon dari dia ni

hun ni kalau tinggi mesti lagi famous dari dia ni.
Quote sleepandream 12-11-2023 07:26 PM
masyukkkkk...
Quote slyfynx 12-11-2023 07:27 PM
Beli kereta is liabiliti, buakan aset ye
Quote I.K.A888990 12-11-2023 07:40 PM
mojarean_X replied at 12-11-2023 07:10 PM
Aset ke ni?

maafkan la KESALAHAN tu ye acik
Quote ninajaybee 12-11-2023 07:58 PM
I.K.A888990 replied at 12-11-2023 06:44 PM
bagus la tahniah
kumpul lagi byk aset muda mudi ni haaa

Kereta bukan aset utk dikumpul sebagai aset masa hadapan.
Quote ninajaybee 12-11-2023 07:59 PM
pocongkiutss replied at 12-11-2023 07:12 PM
Org yg shallow minded je anggap beli kereta mewah tu satu pencapaian

Betul tu.
Quote ninajaybee 12-11-2023 07:59 PM
Pak.dolla replied at 12-11-2023 07:20 PM
dua² tak hensem...
sorang tu pekat muka borneo...
yg ni pekat muka jawe...

Betul. Yg borneo dahlah katek.

Lihat semua komen(147)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.099017 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top