CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Sepanjang Dua Hari, Saya Ditemani Bunyi Loceng Dan Diperhati Lembaga Tinggi'

12-11-2023 05:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10195| Komen: 23

Kuala Lumpur: "Sepanjang di dalam kereta, 'dunia' saya gelap. Saya hanya nampak satu lembaga tinggi dan berbadan tegap memerhati saya dari luar.

"Saya sangat takut dan hampir hilang harapan untuk kembali ke 'alam nyata' namun suara azan mengembalikan semangat saya," kata Muhd Danial Hakim Mohd Saiful, 24, yang dilaporkan hilang selama dua hari sebelum ditemui semula kelmarin.


Penyunting video itu tidak pulang ke rumah di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor, selepas keluar dari tempat kerja di Petaling Jaya, pada Rabu lalu.


Berkongsi kisahnya, Muhd Danial berkata, dia menaiki tren dari Petaling Jaya ke Stesen MRT Sungai Buloh sebelum memandu kereta untuk pulang ke rumah kira-kira jam 8 malam.

"Ketika itu, saya berasa sangat pening lalu berhenti di tepi jalan dan tidur seketika. Apabila terjaga, saya teringat isteri sedang menunggu di rumah untuk keluar makan dan saya segera memandu pulang.


"Malangnya, saya tidak jumpa jalan pulang dan hanya melalui kawasan sama. Secara tiba-tiba pandangan saya semakin kabur dan keadaan luar bertukar gelap menyebabkan saya sudah tidak nampak apa-apa lagi.

"Saya matikan enjin kereta dan keluar tapi disebabkan keadaan gelap, saya takut lalu masuk semula ke dalam kereta. Selepas itu, saya cuba keluar semula tapi pintu kereta sudah tidak boleh dibuka lagi," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut, Muhd Danial berkata, sepanjang dua hari dia hanya 'ditemani' bunyi loceng dan satu lembaga yang sentiasa memerhatikannya dari luar kereta, malah usahanya menghidupkan enjin kereta untuk mencari jalan pulang juga tidak berhasil.

"Saya boleh dengar bunyi kenderaan dan suara orang di luar tapi saya tidak nampak apa-apa. Saya juga nampak cahaya lampu seperti kereta peronda polis dan cuba jerit meminta tolong tapi tidak berhasil.

"Saya hampir putus harapan dan fikir sudah mati, sehinggalah saya terdengar azan dan nampak cahaya pada satu lorong. Saya hidupkan enjin kereta dan melalui lorong itu yang akhirnya berjaya pulang ke rumah," katanya.

Katanya, dia berhenti di parkir rumah lalu menghubungi isteri Puteri Nik Badzlin Amir, 25, sebelum mereka ke balai polis membuat laporan.

Muhd Danial mendakwa masih trauma dengan kejadian itu namun bersyukur masih diberi peluang oleh Allah untuk bertemu isteri serta keluarga tercinta.

"Mungkin ada yang tidak percaya dan menganggap saya gila, tapi itulah yang saya lalui. Walaupun saya hilang dua hari tapi saya hanya rasa seperti hilang antara lapan hingga 10 jam," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 12-11-2023 09:17 PM
Alhamdulillah.. Sudah selamat.
Quote Zazama 12-11-2023 09:18 PM
Alhamdulillah.. Sudah selamat.
Quote slyfynx 12-11-2023 09:58 PM
Hilang Dua Hari, Lelaki Dedah Tak Nampak Jalan Pulang, Pandangan Gelap

Perlu ke sailang thread sendiri yang bru bukak semalam? x cukup kuota kah
Quote Lentera 12-11-2023 10:02 PM
Aku speku bunyi loceng tu mesti loceng org yg nak sambut raya tu kan
Quote Firenzza 12-11-2023 10:09 PM
Pernah jumpa kes lebih kurang mcm ni.....mamat ni ckp dia ketakutan sebab ada lembaga bertenggek kt lampu kalimantang dok perati dia.....hmmmm! mula2 tu kagum la jugak, ujong2 kantoi sbb rupanya penagih heroin tahap 4
Quote akusukaq 12-11-2023 10:20 PM
alien abduction
Quote Buudak 12-11-2023 11:04 PM
Alhamdulillah dah selamat pulang...keluar dlm group whatapps group mak dia minta tolong carikan anak dia...tak sangka pulak berita ni masuk dalam group cari
Quote mojarean_X 12-11-2023 11:19 PM
Mcm mana bole terjadi at first place? Apa yg menyebabkan dia masuk dunia tu? Bknnya kawasan kampung pun
Quote Shayang 13-11-2023 12:45 AM
Alamak aku baca malam2 pulak
Blh tak bitau area mana ko termasuk alam lain tu
Risau plak kang kami2 lalu situ pun terkena
Quote prettyuglybabe 13-11-2023 01:45 AM
harap-harap takde plot twist la
Quote she 13-11-2023 02:44 AM
Tapi ok juga jalan cerita dia
Kita nak sangkal pun ghisau juga
Takut jadi kat kita

Kira oklah dari cerita pegi jual ipong
Kena kejor
Siap rekod sambil larik bateri abes
Hujung2 lari along
Quote ultra78 13-11-2023 07:10 AM
Sumber : Harian Metro. Terus keluar kisah mistik. Berita lagi satu tak ada sebut pun pasal bunyi loceng dan lembaga
Quote batmana 13-11-2023 07:33 AM
Ko pakai Nokia 3310 ke bang?
At least amikla gmba lembaga tu keadaan kete gelap.amik video bagai..kalau mamat yg Kene ekor jin dlm kete leh je amik video selfie kt belakang.tu bolela Caya sket..ni ko ckp pjg2 dgn xde bukti gmba video..auta je ni

Aku yakin samada sakit Alzheimer,sakit berkait otak je mamat ni..elok scan Jupe doktor dulu.. kalau family dia syg dia .elok Jupe pakar otak dlu
Quote doubleA 13-11-2023 01:13 PM
Kalau ada dashboard recording kt kereta boleh tengok apa yg jadi
Quote imanjannah 13-11-2023 01:25 PM
dia depress ke sampai jadi gini..
Quote Skuau 13-11-2023 03:32 PM
mojarean_X replied at 12-11-2023 11:19 PM
Mcm mana bole terjadi at first place? Apa yg menyebabkan dia masuk dunia tu? Bknnya kawasan kampung  ...

hang kena nengok..stranger things(netflix) untuk memahami perkara ini.
Quote B40tastePosh 13-11-2023 03:42 PM
Macam cerita zaman 80an takda telefon dan kamera dalam scene movie tu.

Mohon pengarah sunting semula cerita ni ikut peredaran zaman.
Quote nour2001 13-11-2023 06:18 PM
Jap..dia terperangkap dlm kereta dia 2 hari? Dia oark kereta kat tempatsunyi ke hapa? 2 hari berak kencing dlm jereta? Tak makan minum semua?
Quote limesherbet 13-11-2023 06:26 PM
Edited by limesherbet at 13-11-2023 06:28 PM

Slalu yg terperangkap dalam alam jin skejap tu bila jumpa balik...mreka crita skejap sehari dua, rupanya kat alam manusia dah 2 minggu....cenggitu la. Itu kes betul...dia ni taktau la kes ape sebenarnye

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.136149 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top