CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki 'Tersekat' Dalam Kon Penghadang Jalan, Nak Berlindung Dari Hujan Dan Ribut

12-11-2023 02:44 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3062| Komen: 0

Sao Paulo: Kakitangan kontraktor jalan raya di Brazil baru-baru ini sempat merakam detik mereka membantu seorang lelaki yang terperangkap di dalam kon penghadang jalan.


Kakitangan Syarikat Kejuruteraan Trafik (CET) di Sao Paulo sedang mengalihkan kon dari kawasan jalan untuk melakukan kerja pembaikan apabila mereka menyedari salah satu daripadanya terasa sangat berat.



Apabila mereka menyuluh pada kon berkenaan, mereka ternampak seorang lelaki tersekat di dalamnya.


Selepas beberapa percubaan, kakitangan CET berjaya mengeluarkan lelaki tersebut tanpa bantuan pasukan bomba.


Lelaki itu memberitahu, dia bersembunyi di dalam kon berkenaan untuk berlindung daripada ribut dan hujan tetapi tidak dapat keluar apabila cuaca kembali reda.


Tidak diketahui berapa lama lelaki itu terperangkap di dalam kon berkenaan dan dia turut menolak untuk diberikan bantuan perubatan.



Sumber: Utusan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.033709 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top