CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suspek Pecah Rumah Lari Atas Bumbung Elak Kena Cekup

12-11-2023 02:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2562| Komen: 0

Shah Alam: Cubaan seorang suspek kes pecah rumah mahu meloloskan diri dengan memanjat bumbung Flat Seksyen 20 di sini, gagal apabila dicekup pihak berkuasa semalam.

Tindakan nekad lelaki itu mencetuskan gempar kepada penduduk setempat sebelum berjaya ditahan pukul 12.03 tengah malam.



Kejadian tersebut juga tular di laman sosial menerusi video berdurasi dua minit 10 saat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, serbuan itu dilakukan bagi membantu siasatan berhubung kes pecah rumah di sekitar daerah ini.

Katanya, suspek lelaki itu bagaimanapun cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung flat tersebut.

“Namun, dia berjaya ditahan bersama tiga lelaki dan seorang wanita Thailand berusia 24 hingga 37 tahun dengan bantuan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam. Tiada kecederaan dilaporkan dan semua suspek dibawa ke balai polis bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Mohd. Iqbal menambah, pihaknya turut merampas pelbagai jenis barangan hasil pecah rumah selain peralatan dan dadah.

“Kesemua suspek juga positif dadah selain turut mempunyai rekod jenayah lampau termasuk dadah. Siasatan mendapati mereka terlibat dalam tiga kes pecah rumah di Shah Alam sejak awal tahun ini,” katanya.


Beliau menjelaskan kesemua suspek direman selama lima hari sehingga 15 November ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Kosmo! Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.033066 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top