Oleh Adib ZA
Selepas desas desus mengenai kehamilan penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza, kini akhirnya Siti membuka cerita sebenar mengenai kehamilannya itu.
Menerusi status panjang di laman Instagram miliknya, Siti mengakui kandungannya hanya sempat bersamanya selama dua bulan dan kini dia telah mengalami keguguran. “Bismillahirahmannirohhim … Tanggal 1hb Dec… Rasanya sudah sampai waktu & ketika yg sesuai utk Ct kongsikan dengan peminat & followers tersayang. Mula mula Ct ingin sangat berkongsi cerita indah namun Ct percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA..Ini semua meningkatkan lagi keimanan Ct kepada PENCIPTA Ct” “Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia Anugerah terindah yg lama Ct nantikan dan sudah pastinya peminat yg mendoakan juga..Nak mengiyakan pun takut, kerana Anugerah ini terlalu baru dan ‘FRAGILE’ untuk di hebahkan.Hanya memohon masa yang sesuai”
“Ternyata, Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika..sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran..Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.. inshaAllah semoga ia permulaan untuk Anugerah yang seterusnya,” luahnya menerusi Instagram. Ini sekaligus membuatkan ramai yang terkejut dan sekaligus mendoakan yang terbaik buat penyanyi kesayangan mereka ini. - CARI Infonet |
9
Bagus |
5
Marah |
6
Terkejut |
4
Sedih |
5
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hajikamal replied at 1-12-2015 11:14 AM
ku lihat ..ku dgr kata kata itu... menyiksakan dan meresahkan dan meganggu di fikiran tapi aku yakin ...
ADVERTISEMENT