CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berat Badan Turun 11kg, Bantu Aaron Aziz Atasi Masalah 'Slipped Disc'

12-11-2023 01:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3439| Komen: 2

Pelakon Datuk Aaron Aziz, 47, sudah berjaya menurunkan berat badan kira-kira 11 kilogram (kg) atas nasihat doktor sebagai ikhtiar merawat masalah kesihatan, 'slipped disc' yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.


Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz berkata, usaha menurunkan berat badan yang dilakukan itu berhasil, sekali gus membantunya kembali sihat, selain aktif bersenam juga.


"Setakat ini, ternyata saranan doktor agar saya turunkan berat badan dan bersenam sebagaimana dilalukan sangat membantu dalam ikhtiar merawat masalah 'slipped disc' dihadapi ini tanpa perlu melakukan pembedahan berisiko.

"Alhamdulillah, dengan berkurangnya berat badan saya sekarang amat membantu, sebab sebelum ini nak naik tangga di rumah pun susah. Jadi, apa yang  disarankan oleh doktor itu adalah kaedah yang baik untuk saya.

"Doktor nasihatkan saya agar berusaha kurangkan berat badan dan aktif bersenam. Syukur sangat  kerana kini berat badan saya sudah berjaya diturunkan sebanyak 11 kg," katanya hadir pada sesi fotografi filem Sayu Yang Syukur di Bangsar.


Terdahulu, difahamkan Aaron mengalami masalah 'slipped disc' itu sejak beberapa tahun lalu selepas dia melakukan babak aksi dalam penggambaran sebuah filem yang menyebabkannya menghadapi kecederaan.

"Biasalah bila buat kerja 'stunt' ketika berlakon, leher dan pinggang yang kalau cedera pasti akan beri kesan pada saraf saya. Doktor ada saran untuk cungkil saraf yang tersepit itu, tapi ia berisiko karana saya tidak boleh bekerja dan kena berehat di rumah.

"Saya tak mahu macam itu (berehat lama tanpa kerja). Begitu juga, doktor ada minta saya buat terapi, tapi malas pula keluar masuk hospital. Jadi, saya banyak ikhtiar sendiri dan aktif bersenam untuk kuatkan belakang saya. 

"Alhamdulillah, sekarang semua baik-baik saja dan saya apabila melakukan babak aksi sendiri pun tiada masalah terlalu sakit. Keadaan kesihatan saya kini dalam proses pemulihan yang membaik," katanya.


Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 12-11-2023 07:19 PM
Ozempic ke tu?
Quote KamikuP 14-11-2023 09:40 AM
Caner dia bole kurus?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 01:06 AM GMT+8 , Processed in 1.233375 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top