CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tomok Jaga Batas Sejak Dulu

12-11-2023 12:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3925| Komen: 6

Penyanyi, Tomok sejak dari dulu lagi sangat menjaga batas pergaulan sepanjang berkecimpung dalam dunia seni.

Pemilik nama sebenar, Shah Indrawan Ismai, 39, berkata dia meletakkan had dan berusaha menjaga perkara itu ketika berada di pentas membuat persembahan.



"Saya sendiri ketika membuat persembahan, saya kena tahu sampai mana limit yang saya boleh buat.

"Saya memang dari dulu lagi menitikberatkan benda ini. Memang perlu jaga," katanya.

Bagaimanapun, penyanyi itu enggan mengulas secara berlebihan kerana bimbang kelak memakan diri.

"Susah nak kata, takut patah kat diri saya. Saya cuba jaga sebaik mungkin,"  ujarnya.

Sebelum ini, netizen mengkritik persembahan Naqiu di All Star Gegar Vaganza yang bersentuhan dengan Misha Omar ketika membuat persembahan hingga ada yang membandingkannya dengan Tomok.

Kata Tomok, perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana masing-masing ada cara tersendiri.


Malahan, tindakan Naqiu yang membuat permohonan maaf atas perkara itu patut diberikan pujian kerana dia berani mengakui kesilapannya.

"Bagi saya, masing-masing ada cara tersendiri dan saya pasti Naqiu pun sudah meminta maaf. Saya rasa benda ini semua orang ada kekhilafan yang mereka buat.

"Saya pun hormat dan puji dia sebab mohon maaf. Ini perkara baik yang kita kena puji," katanya.



Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninajaybee 12-11-2023 02:58 PM
Perasan Tom kalau ambil gambar ada perempuan dekat sebelah dia akan letak dua2 tangan belakang dia atau dalam poket. Suka dengan fanbase Tomok iaitu Tomokianz.
Quote sukanyanyi 12-11-2023 05:14 PM
Alhamdulillah. Semoga berterusan begini dan dicontohi penyanyi2 zaman now.
Quote hollahop 12-11-2023 05:25 PM
Ye la ek. Xpernah lagi dgr gossip bukan2 pasal tomok ni. Amek gambar pun mcm jaga batas.

Peminat2 newboyz yg dok mengila pun sampai cium pipi si tomok ni
Quote Purplehaz 12-11-2023 06:07 PM
Dia ni pandai jaga batas ya juga...bahasa dia elok jer, xde kontroversi ..laki bini baik. Tak mcm yg sorang tu laki bini sama naik potpet mmbwg live.
Quote Hoshhi 20-11-2023 08:14 AM
Erm okkkkk
Quote talapia 20-11-2023 12:05 PM
ha'ah kan.. baru perasan dia mcm xde isu sangat benda ni..
takdela dia declare taknak pegang2 ke apa..
tapi dia jaga seboleh mungkin. sure kalau ada yg hulur tangan.. dia sambut je kot

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.034615 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top