CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Atu Bangga Syaiful, Sharif Tonjol Bakat Menyanyi

11-11-2023 06:51 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1680| Komen: 2

Pelawak Atu Zero, 31, mendoakan dua abangnya, Syaiful dan Sharif berjaya di pentas program realiti, Famili Duo (FD3) supaya bakat nyanyiannya dapat dikembangkan lagi.

Dalam masa sama, Atu turut meluahkan perasaan bangga melihat keberanian dua abangnya mengetengahkan bakat dalam bidang nyanyian.



"Abang saya memang mempunyai bakat menyanyi dan saya rasa mereka patut teruskan. Ini satu lagi perkara yang orang tak pernah nampak kepada mereka, rupa-rupanya boleh menyanyi.

"Sebelum ini, mereka menyanyi sebab mereka dulu budak nasyid di sekolah, saya pula budak kompang. Orang suara sumbang macam saya main kompang sahaja," katanya sambil ketawa.

Bagaimanapun, Atu berkata, kalau nak dibandingkan dengan barisan peserta FD3 lain, dua abangnya masih banyak yang perlu dipelajari, jadi dia percaya mereka juga seronok dapat menimba ilmu baharu.


"Kalau dari segi vokal, masih banyak yang mereka perlu belajar sebab kita tahu ada penyanyi hebat seperti Adira, Shila Amzah, Haqiem Rusli dan semuanya pernah masuk Anugerah Juara Lagu (AJL).

"Abang saya pula masuk anugerah apa? Tapi, saya percaya mereka dapat menimba banyak ilmu baharu, apatah lagi, buat Syaiful yang jarang ke Kuala Lumpur kerana tinggal di Sabah.

"Dia juga tinggal di Kuala Lumpur ketika sepanjang program FD3," katanya.

Atu atau nama sebenarnya, Sharif Kunal Doli Sharif berharap dia dan abang-abangnya sudah lama merancang mengeluarkan single atas nama Zero.

Besar harapannya dengan kemenangan di FD3, mereka berjaya merealisasikan impian itu.

"Zero memang ada projek nak keluarkan lagu, cuma tiada komposer lagi. Jadi, saya berharap mereka menang di FD3, tapi tak dapat nombor satu pun tak mengapa, janji dapat menang duit.

"Kami boleh gunakan duit kemenangan ini untuk buat lagu. Projek ini sebenarnya sudah lama dirancang sejak tiga hingga empat tahun lalu," katanya kepada BH Online.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Hoshhi 20-11-2023 08:15 AM
Tak sangka depa boleh nyanyi
Quote sudirmanistas 20-11-2023 09:04 AM
Okay la, penyeri FD3 kan. Xde la dull sangat yg lain focus dkt nyanyian. Depa ni mcm SaYa la kot dkt GV, tpi lebih meriah boleh bawak prop bagai.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.126394 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top