Gara-gara solekan wajah dilihat keterlaluan, pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Nor' Amalina Abdul Halim menjadi bualan netizen di media sosial. Ia selepas seorang pengguna aplikasi TikTok memuat naik video memperlihatkan wajah Amalina disolek sehingga mengundang seram penonton.
"Allahu.. Mungkin untuk mereka yang berwajah edgy dan memang bermata galak cukup dengan mekap mata simple, tak terlalu tebal dengan celak tebal bawah dan atas mata, eyeliner dan celak kening tebal. "Lipstik tidak terlalu merah terang, warna nude, peach, pink yang lembut lebih sesuai, takut muka nampak lagi garang," ujarnya. Dalam pada itu, pengguna TikTok berkenaan turut berpendapat pembaca berita sepatutnya dibenarkan duduk bagi mengelakkan kaki menjadi kejang kerana berdiri terlalu lama. Video memperlihatkan Amalina sedang membaca berita itu menerima lebih 1 juta tontonan dan lebih 18 ribu tanda suka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat wajah Amalina telah didandan oleh jurusolek yang sedang menjalani praktikal. Malah, ada yang berseloroh wajah pembaca berita berkenaan seakan-akan watak hantu dalam filem terkenal dari Indonesia iaitu Suzanna. "Siapa sengaja aniaya dia ini? Kesian tengok muka macam hantu Suzanna. "Solekkan zaman bila ini? tapi dia keyakinan tinggi... kerja tetap kerja," antara komen netizen. Bagaimanapun, pihak RTM membidas tuduhan yang dilemparkan oleh pengguna TikTok berkenaan dengan berkongsi video asal Amalina yang lebih cerah. Mengakui silapnya, individu berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka gara-gara perkongsiannya itu. "Yelah sekejap lagi saya beli televisyen baru. Pihak saya ingin membuat permohonan maaf terbuka kepada Puan Noramalina binti Halim. "Sangat cantik manis orangnya, dari RTM Melaka," ujarnya. Sumber: mStar
|
kakikuDibibirmu replied at 11-11-2023 06:42 PM
Buat malu Malaysia jah dah masuk berita antarabangsa
ADVERTISEMENT